Saturday, January 29, 2011

Penolong Kanan Pentadbiran sebagai Ketua Pentaksir Sekolah

29 Januari 2011

Mulai Jan 2011. JPN Kedah akan melaksanakan satu kaedah untuk melancarkan lagi pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah di semua sekolah.Melalui kaedah ini semua Penolong Kanan 1 akan dilantik sebagai Ketua Pentaksir Sekolah.

Tanggung jawab Ketua Pentaksir Sekolah (KPS) ialah untuk memastikan semua arahan dan peraturan berkaitan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dipatuhi. Sebenarnya tugas ini tidak lari dari apa yang telah disebut semasa taklimat oleh JPN kepada PK1 tentang tanggung jawab pihak pengurusan sekolah dalam pengurusan PBS ini. Cuma sekarang ini tugas dan tanggungjawab PK1 lebih jelas.

Arahan ini selari dengan arahan Lembaga Peperiksaan Malaysia dan pada 16 - 19 JANUARI 2011 semasa mesyuarat Pegawai kanan LPM bil 1/2011 di Ipoh, pegawai-pegawai dari JPN seluruh Malaysia telah melihat bagaimana arahan ini telah dilaksanakan di Perak.

InshaAllah, mulai pertengahan Februari 2011 ini pegawai-pegawai dari JPN Kedah dan semua PPD akan mula memberi taklimat pelaksanaan tugas ini dan juga tentang pelaksanaan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan pada pelajar pelajar tahun 1.


Shahrir Abu Bakar
Ketua Penolong Pengarah
Unit Pentaksiran Sekolah
Sektor Penilaian dan Peperiksaan