Friday, October 30, 2009

Cuma Sistem Pentaksiran sahajakah yang ditransformasikan?

Shahrir Abu Bakar,                                                                                                 Sektor Penilaian dan Peperiksaan, JPN Kedah

Untuk memenuhi tuntutan dalam Misi Nasional, Rancangan Malaysia Kesembilan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan , maka TRANSFORMASI pertama sekali ialah pada sistem pendidikan negara itu sendiri.

Dua elemen  penting dalam transformasi ini ialah kurikulum dan pentaksiran. Maka   kedua dua strategi berikut;

  • Transformasi Kurikulum Persekolahan Kebangsaan dan
  • Transformasi Pentaksiran dan Pendidikan Kebangsaan (SPPK)

adalah perlu seiring sejalan untuk membangun modal insan melalui pendidikan.

Thursday, October 29, 2009

Apa itu PENTAKSIRAN?

Shahrir Abu Bakar                                                                                                  Sektor Penilaian dan Peperiksaan, JPN Kedah

Dalam Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan dan dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mempunyai komponen komponen seperti PEKA, PAFA ULBS dan PLBS , istilah ‘PENTAKSIRAN’ adalah kerap disebut,  apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh istiilah tersebut?

Dalam kamus New Oxford Dictionary,(English-English-Malay)taksir bermaksud assess, dan definisi assessnya;

    • to judge or form an opinion about something
    • to guess or decide the amount or value of something

Sementara dalam Kamus Dewan, edisi keempat, antara makksud taksir ialah; 

    • mengira atau menghitung banyaknya sesuatu
    • menyangka,menelah,menagak,mengira
    • memberi penghargaan, menghargai, menilai
    • mengkaji , meneliti

Dalam artikel ‘Penilaian vs pentaksiran’ oleh Dr Jamil Adimin , beliau memetik definisi David Payne dalam bukunya Applied Educational Assessment Edisi Kedua tahun 2003 yang mendefinisikan bahawa pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. Daripada pengertian pentaksiran di atas, beliau menyarankan:

    Pentaksiran = Pengukuran + Penilaian

Pengukuran ialah proses mendapatkan maklumat dengan cara mengukur menggunakan instrumen sebelum ukuran itu dapat dinilai atau diinterpretasikan. Proses pengukuran berakhir dengan maklumat berbentuk kuantitatif seperti markah mentah, peratus markah mentah, persentil (peratusan kedudukan seseorang berbanding kedudukan orang lain), agregat dan pangkat atau band. Ukuran di atas boleh didapati sama ada dengan menggunakan instrumen atau pun tidak.  ( Dipetik dari artikel yang sama )

MEMBANGUN MODAL INSAN

 

KONVENSYEN NASIONAL PIPP KEDUA (2008)
MEMBANGUN MODAL INSAN
Tn. Hj. Ali bin Ab. Ghani (A.M.N.)
Pengarah
Bahagian Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia

PENGENALAN
Pembangunan modal insan merupakan satu agenda penting negara bagi mengupayakan kapasiti negara ke arah mencapai status negara maju sejajar dengan Wawasan 2020. Sumber guna tenaga negara yang dihasratkan harus memiliki ciri-ciri unggul bagi menyediakan mereka dengan cabaran dunia menjelang 2020. Maka, pembangunan kapasiti sumber insan perlu dilaksanakan secara terancang dan berkesan bermula dari sekarang. Usaha ini telah diterapkan mula dalam sistem pendidikan negara melalui pengisian kandungan kurikulum dan aktiviti pembelajaran yang mengarah kepada pembangunan kapsiti jasmani, emosi, rohani dan intelek relevan dengan keperluan semasa dan masa akan datang. Sememangnya, pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan kapasiti modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Melalui pendidikan, modal insan itu boleh disuntik nilai tambahnya, ditingkatkan nilai inteleknya serta diperkaya modal budayanya. Modal insan yang
ingin dihasilkan perlu mampu berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta dan mempelopori teknologi baru, berdaya tahan serta berkebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang bersifat dinamik. Strategi pembangunan kapasiti modal insan bertujuan memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran yang tinggi bagi
penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan. Di samping itu pelajarpelajar ini akan dilengkapi dengan kemahiran komunikasi berkesan, kebolehan mengunakan ICT dengan baik, berupaya berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional; mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat;
mempunyai nilai yang tinggi serta berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat.


ISU DAN CABARAN DALAM PENDIDIKAN

Namun, masih terdapat beberapa isu yang perlu dirungkai dan diselesaikan terutamanya yang melibatkan pembangunan sahsiah dan akhlak di kalangan golongan remaja termasuk pelajar sekolah – generasi yang akan memimpin negara menjelang 2020 nanti. Masih lagi terdapat pelajar bersikap suka ponteng sekolah, fenomena pelajar tercicir daripada sistem pendidikan, kejadian pelajar  menyalahgunakan bahan terlarang dan terlibat dalam jenayah. Kebanyakan masalah timbul kesan daripada pengaruh luar yang mudah diperolehi akibat kepesatan media elektronik dan cetak yang mudah didapati dan lebih menarik perhatian golongan remaja ini. Ramai pelajar tidak lagi menganggap pengalaman bersekolah sebagai satu pengalaman yang penting, berharga dan menyeronokkan malah mula menganggap ianya sebagai satu tanggungjawab yang membebankan dan memberi banyak tekanan. Bagi menangani isu ini, satu bentuk pembaharuan kepada sistem pendidikan negara perlu segera dirangka dan dilaksanakan dengan berkesan. Maka, atas kesedaran inilah, PIPP Teras 2: Membangunkan Modal Insan telah
menggariskan pelan tindakan bagi merangka strategi pembaharuan kepada struktur kurikulum pendidikan kebangsaan dan juga kepada sistem pentaksiran kebangsaan. Fokus 2: Meningkatkan Keupayaan dan Penguasaan Ilmu Pengetahuan dan Fokus 4: Memantapkan Sistem Pentaksiran dan Penilaian Supaya Lebih Holistik menggariskan beberapa strategi yang perlu dilaksanakan bagi memantap dan memperkukuhkan pelaksanaan sistem pendidikan negara. Kedua-dua fokus ini menuntut supaya KPM melihat semula kesesuaian pengisian dan struktur kurikulum dan merangka bentuk perubahan kepada kurikulum kebangsaan untuk disesuaikan dengan keperluan semasa dan masa akan datang. Strategi ini dilengkapkan pula dengan usaha untuk menjadi persekolahan lebih menyeronokkan dan tidak berorientasikan peperiksaan melalui satu bentuk transformasi kepada struktur pentaksiran pendidikan kebangsaan.


TRANSFORMASI KURIKULUM KEBANGSAAN

Kurikulum merupakan suatu elemen terpenting dalam sistem pendidikan. Ia merupakan nadi kepada sistem pendidikan yang mencorakkan generasi akan datang. Bagi menjana suatu sistem pendidikan yang berkualiti, kurikulum itu sendiri perlu bersifat dinamik dan relevan dengan kehendak semasa mahupun keperluan masa akan datang. Kurikulum di Malaysia ditakrifkan sebagai suatu program pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, dan nilai-nilai kebudayaan serta kepercayaan untuk membantu perkembangan potensi seseorang murid secara seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Pernyataaan kurikulum ini perlulah diterjemahkan melalui pelaksanaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum di sekolah dan melalui proses pengajaran dan pembelajaran serta interaksi guru-murid di bilik darjah. Perlu ditegaskan bahawa kurikulum bukannya satu entiti yang konstan tetapi berubah mengikut senario dan keperluan ekonomi, sosial dan politik tanah air.


TRANSFORMASI KURIKULUM
Kajian keberkesanan KBSR dan KBSM yang dijalankan oleh agensi dalam Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) banyak menunjukkan kelemahan dari aspek pelaksanaan kurikulum tersebut di sekolah. Beberapa prinsip KBSR dan KBSM tidak dilaksanakan dengan berkesan dalam proses P&P. Ini mengakibatkan kesepaduan pengetahuan, kemahiran dan nilai tidak tercapai sepenuhnya melalui proses P&P di bilik darjah. Antara faktor yang mendorong kepada perkara ini ialah fokus berlebihan untuk mencapai gred kelulusan A dalam peperiksaan. Maka kebanyakan proses P&P yang berlaku di bilik darjah lebih berupa proses menyediakan pelajar untuk peperiksaan, bukannya bersifat menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu seperti mana dituntut oleh kurikulum mata pelajaran tersebut. Ini secara langsung mengurangkan keberkesanan usaha ke arah membangunkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berdaya saing, berkemahiran dan  mempunyai jati diri – ciri modal insan cemerlang yang dihasratkan. Ke arah itu, satu bentuk pengubahsuaian sedang dijalankan bagi mengatasi masalah ini. Dari aspek kurikulum sekolah, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) sedang berusaha membangunkan satu bentuk kurikulum baru yang lebih berpusatkan murid, lebih memberikan peluang kepada murid untuk meneroka bidang ilmu tersebut dengan lebih mendalam, dan kurikulum yang menyeronokkan dan tidak berorientasikan peperiksaan. Berdasarkan keperluan ini, BPK membangunkan konsep Transformasi Kurikulum Kebangsaan yang membawa cadangan perubahan kepada konsep, bentuk, struktur dan operasi kurikulum persekolahan kebangsaan. Struktur kurikulum baru KBSR memperkenalkan konsep tunjang – satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan inteleknya. Enam tunjang dikenalpasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang dihasratkan seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

BIDANG-BIDANG PEMBELAJARAN
Transformasi Kurikulum Kebangsaan bagi sekolah rendah mengkategorikan disiplin ilmu ini dalam enam tunjang. Setiap tunjang ini mempunyai penegasan dan fokus tersendiri. Fokus dalam setiap tunjang turut mempengaruhi kategori bidang ilmu yang relevan dengan keperluan tunjang-tunjang tersebut.

TUNJANG KOMUNIKASI
Tunjang komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabungjalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi. Interaksi ini boleh berlaku dalam bentuk verbal dan juga non-verbal dalam bahasa pengantara yang digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik darjah. Melalui tunjang komunikasi, murid didedahkan dengan kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis selain nilai tambah kemahiran menaakul. Murid dituntut menguasai kemahiran-kemahiran di bawah bidang pembelajaran dalam tunjang komunikasi kerana ia memberi kesan kepada proses pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tunjangtunjang yang lain.

TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI
Aspek kerohanian, sikap dan nilai perlu dibangunkan dengan berkesan supaya insan yang dihasilkan melalui sistem pendidikan negara memahami, menghayati dan seterusnya mengamal nilai dan norma kemasyarakatan yang mencerminkan keperibadian yang menepati identiti Malaysia. Tunjang Kerohanian, Sikap dan
Nilai memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang fokus kepada pengamalan ilmu agama dan kepercayaan, sikap & nilai. Maka, bidang ilmu yang relevan dengan perkara tersebut seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menjadi teras kepada tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai.

TUNJANG KEMANUSIAAN
Pendidikan di Malaysia bertanggungjawab menyediakan individu yang bukan hanya memahami, malah menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan kemasyarakatan & alam sekitar setempat, negara & global. Kesedaran tentang perkara ini akan mendorong kepada pengupayaan konsep pembangunan berterusan (sustainable development) dan pembangunan sumber tenaga berterusan (sustainable and renewal energy) Tunjang Kemanusian juga memberi penekanan kepada penghayatan semangat patriotisme & perpaduan. Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan agama, agenda perpaduan perlu dijadikan agenda utama yang menjadi teras kepada usaha pembangunan negara. Selain itu, semangat patriotisme perlu ditanam dalam diri individu bermula dari peringkat awal persekolahan lagi. Ke arah itu, Tunjang Kemanusiaan memberi ruang untuk perkembangan dan pembangunan ilmu, kemahiran dan nilai yang ada perkaitannya dengan bidang ilmu Sains Sosial seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Sejarah, Geografi dan unsur-unsur Pendidikan Alam Sekitar.

TUNJANG KETRAMPILAN DIRI
Antara agenda pembangunan modal insan ialah pembentukan individu yang mempunyai keperibadian berketrampilan (Towering Personality). Individu tersebut mempamerkan ciri-ciri seperti mempunyai jati diri yang kukuh, berdaya saing, berilmu pengetahuan, berintegriti, patriotik, rasional dalam tindakan dan
mengamalkan nilai murni dalam kehidupan hariannya. Ciri-ciri ini tidak mampu dijelmakan dan dinilai melalui pentaksiran bertulis. Namun, pengamalan dan penghayatan nilai dan ciri tersebut mampu ditonjolkan melalui penglibatan dalam aktiviti (kurikulum) dan kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah mahupun kebangsaan. Tunjang Ketrampilan Diri memberi tumpuan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kokurikulum. Penglibatan dalam aktiviti sedemikian memberi ruang dan peluang kepada individu murid untuk menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya dalam penglibatan dalam kegiatan kokurikulum di luar sekolah. Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum memberi peluang kepada murid memperkembangkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.


TUNJANG FIZIKAL DAN ESTETIKA
Insan seimbang seperti yang dihasratkan melalui Falsafah Pendidikan kebangsaan perlulah seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan inteleknya. Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan potensi murid dalam domain yang lain. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan
keperluan fizikal dan peringkat umur dan tahap kematangan murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu pendidikan jasmani dan kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat Tunjang Fizikal. Selain aspek fizikal, potensi estetika murid juga perlu diberi penekanan. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri. Kreativiti, bakat dan apresiasi dapat dipupuk melalui amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanya pendidikan seni visual da muzik.

TUNJANG LITERASI SAINS DAN TEKNOLOGI
Cabaran abad ke-21 menuntut supaya modal insan yang dibangunkan perlu dilengkapi dengan ilmu, kemahiran dan nilai berteraskan sains dan teknologi. Di peringkat asas, murid perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap aintifik berkaitan numerasi, proses sains, kemahiran menganalisis di samping kemahiran ICT. Murid perlu memahami konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Penguasaan kedua-dua aspek ini dapat membantu murid mengendalikan urusan harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab. Pengetahuan dan kemahiran asas sains menjadikan murid celik sains dan menyediakan mereka dengan peluang untuk menguasai kemahiran proses sains melalui kegiatan penyiasatan saintifik yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai situasi dan pengalaman seharian murid. Ledakan maklumat, globalisasi dan konsep dunia tanpa sempadan menuntut murid disediakan dengan literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi supaya kekal relevan dengan keperluan semasa dan masa akan datang. Capaian maklumat melalui kemudahan jalur lebar atau infrastuktur internet tanpa wayar semakin menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian. Kemudahan ini perlu digunakan secara berkesan dan optimum supaya manfaat kemudahan transaksi maklumat (transfer of information) ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua.

KURIKULUM BERBENTUK MODULAR
Transformasi Kurikulum Sekolah Rendah Tahap 1 mencadangkan penggunaan modul bagi menggantikan mata pelajaran sebagai medium penyampaian pengetahuan, kemahiran dan nilai. Modul-modul ini terbahagi kepada 2 kategori:

a. Modul Asas
Terdiri daripada 4 komponen iaitu Bahasa, Matematik, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Pendikan Agama/Moral. Komponen bahasa merujuk kepada Bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa pengantar bagi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina/Tamil.

b. Modul Tema
Berasaskan tema-tema yang dipersetujui dan merangkumi bidang-bidang pembelajaran dalam mata pelajaran lain seperi ICT, Sains, Kemahiran Hidup, Kajian Tempatan dan Alam Sekitar. 

PENGOPERASIAN
Kurikulum Modular Berasaskan Standard
Untuk merealisasikan matlamat pendidikan seperti yang dinyatakan di atas, kurikulum prasekolah, rendah dan menengah diorganisasikan secara modular berasaskan standard.

Kurikulum Berasaskan Standard
Kurikulum transformasi digubal dalam bentuk pernyataan standard iaitu pernyataan yang menetapkan kompetensi tertentu yang murid perlu kuasai pada suatu tempoh dan tahap persekolahan. Kompetensi ini diterjemahkan ke dalam aktiviti yang boleh diukur dan diuji. Standard kurikulum disediakan berasaskan matlamat pendidikan dan dibina ke arah menggalakkan pembelajaran berasaskan sekolah. Matlamat pendidikan dinyatakan dalam istilah-istilah konkrit berbentuk competency requirements iaitu menetapkan kompetensi yang murid mesti ada sebagai syarat objektif pembelajaran telah tercapai. Kurikulum menetapkan standard yang mana sekolah dan guru dapat menilai pencapaian dan kejayaan mereka. Dua standard yang perlu dicapai oleh murid ialah standard kandungan dan standard pembelajaran. Standard kandungan dan standard pembelajaran disediakan bagi setiap tahap. Standard Kandungan mengandungi pernyataan spesifik tentang apa yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran pula merupakan satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap standard kandungan.

Pendekatan Modular
Standard kandungan dan standard pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk bahagian dan unit yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid. Kandungan kurikulum yang disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit ini membolehkan pembelajaran
dilakukan mengikut konteks serta keupayaan pelajar dan boleh diubah tanpa menjejaskan keseluruhan kandungan kurikulum. Kandungan kurikulum yang diorganisasikan secara modular ini disampaikan menggunakan modul-modul tertentu. Bagi prasekolah kandungan kurikulum diorganisasikan dalam 2 modul utama iaitu Modul Teras Asas dan Modul Teras Tema.

Modul Teras Asas
Modul Teras Asas merangkumi bidang pembelajaran asas yang terdiri daripada modul-modul berikut:

1. Modul Bahasa yang merangkumi bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil bagi SJKC/SJKT yang memberi fokus kepada kemahiran berbahasa. Modul ini juga mengandungi pengisian dari bidang ilmu lain yang digunakan sebagai konteks untuk mengajar bahasa.
2. Modul Matematik yang memberi fokus kepada asas aritmetik.
3. Modul Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan yang mengembangkan aspek fizikal dan kesihatan untuk kesejahteraan diri dan orang lain.
4. Modul Pendidikan Islam untuk penghayatan amalan agama dan
pemupukan nilai murni.
5. Modul Pendidikan Moral untuk pemupukan sikap dan nilai masyarakat Malaysia.

Modul Teras Tema
Modul Teras Tema merangkumi bidang pembelajaran kreativiti, sains dan teknologi serta kemanusiaan yang disepadukan secara bertema. Modul bertema mengurangkan rujukan dan fokus kepada disiplin mata pelajaran tertentu.

Modul Teras Tema menyesuaikan tema-tema dengan kandungan disiplin ilmu tertentu supaya murid didedahkan dengan pelbagai gabungan disiplin ilmu di dalam satu modul.

Modul Kreativiti bertujuan mengembangkan kreativiti murid melalui aktiviti kesenian dalam pendidikan Seni Visual selain membentuk apresiasi seni dan ekspresi diri. Bidang pembelajaran berkaitan sains dan teknologi mendedahkan murid dengan perkara asas sains dan bagaimana teknologi mengupayakan pemerolehan ilmu melalui penggunaan komputer disamping menerapkan proses berfikir secara saintifik.

Bagi menghasilkan murid yang seimbang, aspek pembangunan kemanusiaan dimulakan sejak awal lagi melalui modul Kemanusiaan. Dalam modul ini aktiviti pembelajaran diorganisasikan berasaskan bidang pembelajaran sejarah, geografi dan pendidikan sivik dan kewarganegaraan. Untuk melaksanakan modul ini dengan berkesan, pelbagai pendekatan
pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan ditekankan.

Modul Elektif
Modul Elektif memberi fokus kepada kemahiran berbahasa dalam bahasabahasa tambahan seperti bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Arab dan bahasabahasa lain di sekolah kebangsaan. Modul ini ditawarkan sebagai menggalakkan murid menguasai lebih daripada dua bahasa apabila mereka tamat persekolahan.

Bagi Tahap II, kandungan kurikulum diorganisasikan ke dalam lima modul berasaskan enam tunjang kurikulum iaitu modul komunikasi; modul sains dan teknologi; modul fizikal dan estetika; modul kerohanian, sikap dan nilai; dan modul kemanusiaan.

Kelima-lima modul ini merangkumi disiplin ilmu yang relevan seperti dalam di bawah. Bagi tunjang keterampilan diri, aspek pembangunan keterampilan dilaksanakan melalui semua aktiviti p&p yang dijalankan.

TUNJANG DISIPLIN ILMU
Komunikasi
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Bahasa Etnik

Literasi Sains & Teknologi

Sains, Matematik, Teknologi/ICT, ‘Kemahiran
Hidup’


Fizikal & Estetika

Pendidikan jasmani & kesihatan, Pendidikan
kesenian (seni visual, muzik)


Kerohanian, Sikap & Nilai

Pendidikan Islam, Pendidikan moral


Kemanusiaan

Gabungan disiplin ilmu sejarah, geografi dan
pendidikan sivik dan kewarganegaraan


PEDAGOGI
Pendekatan pengajaran
Kurikulum prasekolah dan sekolah rendah terus menegaskan aspek integrasi sebagai strategi pelaksanaan kurikulum di mana kandungan dan kemahiran dari pelbagai disiplin diintegrasikan.

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi kurikulum prasekolah dan sekolah rendah kebangsaan yang baru merupakan kesinambungan kaedah yang ditegaskan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dahulu. Pendekatan yang dimaksudkan melibatakan perkara-perkara seperti berikut:

i. Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK)
ii. Pendidikan Luar Bilik Darjah (PLBD)
iii. Mastery Learning
iv. Berpusatkan Murid
v. Project Based- Learning
vi. Problem-Based Learning
vii. Inkuiri
viii. Multiple Intelligences
ix. Kontekstualisme
x. Konstruktivisme
xi. Learning How To Learn

Bahan sokongan
Dokumen standard kurikulum yang mengandungi standard kandungan dan standard pembelajaran akan disediakan. Pelbagai bahan sokongan diperlukan untuk membantu guru melaksanakan kurikulum secara efektif. Bahan sokongan seperti buku teks, bahan multimedia, buku panduan guru dan buku aktiviti bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dijalankan seperti yang dihasratkan.

Guru
Transformasi kurikulum menuntut guru multispecialist. Guru perlu mantap dalam penguasaan pengetahuan kandungan pedagogi. Guru perlu kreatif dan inovatif dalam merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Justeru, guru perlu diberi latihan yang selaras dengan hasrat dan keperluan kurikulum

Transformasi kurikulum kebangsaan akan mengubah persekitaran dan norma pendidikan berlaku di dalam dan luar bilik darjah. Peranan guru semakin ditekankan dalam pembentukan individu yang holistik sifatnya dan mencapai aspirasi dan hasrat pendidikan negara. Transformasi kurikulum menjadikan kurikulum kurang bersifat preskriptif tetapi menuntut kreativiti dan inovasi guru dalam menentukan bentuk dan kandungan pendidikan yang ingin disampaikan. Ke arah itu, guru perlu didedahkan dengan Pedagogical Content Knowledge (PCK) yang terkini dan relevan dengan skop bidang mereka. Pengetahuan PCK
ini berupaya membantu guru dalam proses P&P di bilik darjah. Maka, satu usaha perlu dirangka bagi memberi latihan yang sesuai dengan tuntutan peranan guru.

SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (SPPK)
KBSR dan KBSM menuntut pembangunan menyeluruh potensi murid dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Namun, penekanan kepada peperiksaan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menjurus kepada menyediakan murid untuk boleh menjawab soalan peperiksaan sahaja. Malah, sistem pentaksiran murid sedia ada juga lebih mengarah kepada pentaksiran aspek intelek sahaja tanpa memberi banyak tumpuan kepada penilaian pertumbuhan dan perkembangan potensi-potensi lain. Ke arah itu, pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengenal pasti dan memperbaiki kelemahan amalan sistem pentaksiran yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Beberapa usaha penambahbaikan sedang dan telah dilakukan bagi memperbaiki kelemahan sedia ada. Antaranya ialah pelaksanaan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) yang dilihat mampu memberikan satu bentuk pentaksiran menyeluruh potensi murid dengan penekanan yang hampir sama bagi aspek potensi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ini dilaksanakan melalui penggabungan hasil pentaksiran berasaskan sekolah (pentaksiran sekolah) dengan pentaksiran dan peperiksaan pusat. Strategi ini turut ditambah melalui pengenalan secara meluas penggunaan ujian psikometrik dalam pengumpulan
data dan maklumat tentang perkembangan dan pertumbuhan murid. Selain itu, konsep pentaksiran murid diperluaskan juga skopnya bagi merangkumi aspek penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum dan aspek lain berkaitan domain keinsanan dan sahsiah murid. Maka, ini menuntut pengupayaan sekolah dan
guru dalam melaksanakan proses pentaksiran pendidikan murid mereka sendiri di sekolah.

Profil
(Ujian Psikomentrik)
Penglibatan
(PAJK)
Perkembangan & Pencapaian
(Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat,
Peperiksaan Pusat


KONSEP SPPK
Pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia(LPM) mengetengahkan konsep PADI – akronim untuk Profile, Achievement, Development dan Involvement dalam membangunkan SPPK. Berdasarkan konsep ”PADI” ini, dimensi pertama yang perlu diberi perhatian dalam proses pentaksiran murid ialah membentuk profil psikometrik murid tersebut. Ini merangkumi data berkenaan kecenderongan, aptitud dan minat murid. Dimensi kedua pula menyentuh aspek Achievement atau pencapaian dan Development atau perkembangan murid manakala dimensi ketiga memberi penegasana kepada aspek Involvement atau penglibatan murid melalui aktiviti jasmani dan kokurikulum. Jelas, konsep ini mengutamakan pentaksiran perkembangan individu murid secara menyeluruh. Model pemantauan pertumbuhan individu murid dapat dijelmakan melalui Rajah 2 seperti di bawah:


LIMA SERANGKAI
Sistem Pentaksiran Persekolahan Kebangsaan mencadangkan lima bentuk pentaksiran untuk melaksanakan konsep PADI yang dinyatakan. Lima bentuk pentaksiran ini boleh digambarkan  seperti di bawah:

1. Pentaksiran sekolah
Pentaksiran sekolah merupakan pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa dan dilaporkan oleh guru di sekolah yang melibatkan murid, ibu bapa dan organisasi luar. Pentaksiran sekolah boleh dilaksanakan dalam bentuk pentaksiran formatif yang dilaksanakan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir tahun.

2. Pentaksiran Pusat
Pentaksiran pusat merupakan suatu pentaksiran yang mempunyai piawai (standard prestasi), panduan dan peraturan, instrumen pentaksiran dan kaedah menganalisis data yang disediakan oleh agensi pusat (LPM). Pihak sekolah bertanggungjawab mentadbir, memeriksa respons murid dan menyediakan pelaporan. Pentaksiran ini dilaksanakan secara pentaksiran sumatif berdasarkan jadual ang ditetapkan oleh LPM. Markah yang diperolehi akan dihantar ke LPM untuk dianalisis dan dimederatkan sebelum ianya dihantar semula ke sekolah untuk pelaporan penguasaan sekolah.

3. Peperiksaan Pusat
Konsep pelaksanaan peperiksaan seperti sistem sedia ada yang dikendalikan sepenuhnya oleh LPM masih dikekalkan. Perkara yang ditaksirkan adalah berkaitan dan memnuhi sukatan pelajaran yang ditetapkan. Prestasi murid dalam peperiksaan pusat akan dilaporkan dalam sijil yang dianugerahkan oleh LPM
dengan mengambilkira prestasi murid dalam pentaksiran pusat dan pentaksiran sekolah.

4. Pentaksiran Aktiviti Jasmni dan kokurikulum
Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum adalah bertujuan bagi mengukur dan menilai prestasi, penglibatan dan penyertaan murid dalam pelbagai aktivit jasmani. Kokurikulum dan extra-curriculum. Instrumen dan panduan pentaksiran akan disediakan oleh LPM bersama organisasi yang berkenaan dengan bidang kepakaran mereka.

5. Ujian Psikometrik
Ujian psikometrik digunakan untuk mentaksir trait psikologi murid yang berhubungan dengan pembelajaran mereka. Instrumen ujian psikometrik, cara menganalisis dan mentafsir data akan dibina oleh LPM dan pentadbirannya dilaksanakan oleh sama ada LPM atau sekolah.

ISU DAN CABARAN
Namun, timbul persoalan samada masyarakat bersedia untuk menerima perubahan kerana selama ini peperiksaan merupakan indikator mudah untuk melihat kejayaan atau kegagalan murid. Murid selama ini diukur kebolehannya berdasarkan tahap inteleknya sahaja, namun dengan pelaksanaan SPPK, murid dinilai dari semua aspek potensi dirinya. Perubahan ini menuntut kepada penyusunan semula struktur kemasukan murid ke sekolah berasrama penuh, tajaan biasiswa, kemasukan ke institusi pengajian tinggi dan lain-lain kemudahan pendidikan yang selama ini bergantung kepada bilangan ”A” yang dicapai murid. kecelaruan ini mengundang kepada persoalan pembentukan dan penetapan standard pelepasan yang perlu dicapai oleh murid melalui kurikulum kebangsaan dan sistem pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah.

TRANSFORMASI KURIKULUM KEBANGSAAN DAN SPPK – SATU
KONSOLIDASI
Transformasi Kurikulum Kebangsaan dan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan merupakan dua strategi yang saling melengkapi ke arah merealisasikan agenda membangunkan modal melalui pendidikan. Kedua-dua strategi menekankan kepada pencapain standard yang ditetapkan; Transformasi Kurikulum melalui penetapan standard kandungan dan standard pencapaian
manakala SPPK melalui Ujian Rujukan Standard. Pelaksanaan Transformasi Kurikulum Kebangsaan dan SPPK akan memastikan prestasi murid dibitara dan setanding dengan standard antarabangsa dalam pelbagai bidang pengetahuan, kemahiran dan kecekapan. Hal ini diperjelaskan maksudnya melalui Rajah 4 di
atas.

RUMUSAN
Transformasi Kurikulum Persekolahan Kebangsaan dan Sistem Pentaksiran dan Penilaian Kebangsaan (SPPK) merupakan pelengkap kepada proses transformasi sistem pendidikan negara. Transformasi kurikulum persekolahan kebangsaan mengupayakan penstrukturan sistem persekolahan dalam bentuk
semester. Di samping itu, kurikulumnya distruktur dalam bentuk modular yang dinamik sifatnya. Ini membolehkan kurikulum persekolahan menyerap sebarang bentuk pertambahan atau pengubahsuaian kandungan sesuai dengan keperluan semasa atau masa akan datang. Sistem Pentaksiran dan Penilaian Kebangsaan
pula melengkapi usaha ini dengan menjadikan pengalaman persekolahan yang tidak berorientasikan peperiksaan. Malah, perkembangan potensi murid ditaksir secara lebih menyeluruh merangkumi domain jasmani, emosi, rohani dan inteleknya. Kaedah pentaksiran melalui pendekatan berasaskan sekolah juga mengurangkan tekanan kepada murid, guru dan penjaga serta ibu bapa. Ini secara langsung menyediakan iklim dan pengalaman pembelajaran yang mneyeronokkan di kalangan murid. Kelangsungan daripada impak ini ialah sistem persekolahan mampu mengurangkan kecenderungan murid terlibat dengan gejala masalah disiplin dan jenayah. Pembangunan modal insan yang cemerlang intelek, sahsiah dan jati diri melalui Transformasi Kurikulum Persekolahan Kebangsaan dan SPPK secara kolektif akan menyediakan sumber guna tenaga yang diperlukan dalam menempuh cabaran dan keperluan negara dalam memacu negara ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020.


Disediakan oleh
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2008

Monday, October 26, 2009

Format transformasi pentaksiran dalam AdaP

Sumber : http://www.tutor.com.my/tutor/

LIMA elemen pelaporan yang patuh kepada pentaksiran futuristik yang sedang dicuba di 500 buah sekolah mulai tahun ini, menjadi teras isi kandungan Akhbar Dalam Pembelajaran 2009 (ADaP).

Lima elemen pelaporan itu sejajar pula dengan lima kaedah pentaksiran yang wajib dilalui oleh setiap pelajar untuk mendapat sijil yang diperakui Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

Pembaharuan itu sejajar dengan Transformasi Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan yang sedang dirintis di 500 buah sekolah tahun ini, dan mula dilaksanakan dalam sistem pendidikan mulai 2010.

Pentaksiran dan pelaporan berkenaan merangkumi kehendak Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Berasaskan Pusat (PBP) - dua elemen yan bergerak seiringan dalam menilai seseorang pelajar di bawah transformasi berkenaan.

Perubahan yang berlaku ekoran transformasi itu mencakupi perkara yang ditaksir, kaedah mentaksir, siapa pentaksir dan apa yang dilapor.

Hal ini selaras dengan keputusan Kementerian Pelajaran berhubung transformasi pendidikan yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Menengah (KBSM), Pembestarian Sekolah dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP).

________________________

Secara keseluruhannya, transformasi itu merangkumi tiga elemen utama iaitu:

1. Empat konstruk yang ditaksir

2. Lima kaedah pentaksiran yang digunakan

3. Lima aspek perkembangan murid yang dilaporkan

.

KONSTRUK

Empat konstruk yang ditaksir ialah profil, pencapaian, perkembangan dan penyertaan.

Profil: Ciri psikologi seperti jenis kecerdasan, bakat, minat, aptitud, kebolehan am, kecenderungan, personaliti dan kesediaan untuk belajar.

Melalui profil, pendidik boleh mengenali dan memahami minat murid ke atas sesuatu perkara, atau tajuk perbincangan yang menarik perhatian mereka, kebolehan semulajadi dan cara belajar yang paling berkesan.

Pencapaian: Aspek ini merupakan penguasaan, kejayaan atau kemenjadian sesuatu aspek (pengetahuan atau kebolehan) yang ditanamkan atau dibangunkan dalam diri murid.

Pencapaian merangkumi pencapaian akademik, bukan akademik dan bidang vokasional.

Tahap pencapaian akan menjadi rujukan dalam proses pensijilan atau proses pembelajaran.

pencapaian boleh ditunjukkan melalui hasil kaedah pentaksiran yang menggambarkan peringkat prestasi seperti ujian, peperiksaan atau pertandingan.

Perkembangan: Aspek ini merupakan pergerakan atau perubahan murid daripada keadaan kurang atau belum menguasai (mencapai) kepada lebih menguasai dan akhirnya telah berjaya.

Perkembangan murid boleh dilihat melalui pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah sendiri.

Penyertaan: Aspek ini menunjukkan adanya sumbangan berbentuk pengetahuan, kemahiran atau tenaga serta perkongsian minat dan emosi terhadap aktiviti.

Berbeza dengan pencapaian, penyertaan tidak semestinya dibuktikan dengan penerimaan trofi atau anugerah.

.

KAEDAH PENTAKSIRAN

Terdapat lima kaedah pentaksiran yang akan digunakan untuk mengumpul data atau maklumat tentang murid, seperti berikut:

1. Pentaksiran Sekolah

2. Pentaksiran Pusat

3. Peperiksaan Pusat

4. Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum

5. Pentaksiran Psikomterik

Rangkaian lima kaedah pentaksiran itu bertujuan mengelakkan kebergantungan hanya kepada data peperiksaan berpusat untuk menilai murid.

.

APAKAH YANG DILAPORKAN

Lima aspek perkembangan murid akan menjadi tumpuan pelaporan pentaksiran iaitu:

1. Potensi

2. Akademik

3. Sosial

4. Sahsiah

5. Kebudayaan

Potensi: Mereka yang berpotensi berkembang maju dianggap berketrampilan.

Dalam hal ini mereka mempunyai kemampuan, kebolehan, kekuatan dan keupayaan untuk berkembang maju dalam aspek atau bidang tertentu.

Akademik: Amalan selama ini dalam mengukur pencapaian murid dalam akademik akan diteruskan.

Di samping pencapaian, prestasi murid dalam proses pembinaan aspek ini juga akan diambil kira, bukan hanya pencapaian mereka pada akhir program yang akan diambil kira, malahan keseluruhan proses daripada permulaan sehingga ke akhirnya.

Sosial: Sosial ialah segala yang berkaitan dengan masyarakat; berkaitan dengan persahabatan, pergaulan, dan aktiviti masa lapang.

Sahsiah: Sahsiah merupakan keperibadian iaitu sifat-sifat yang merupakan kelakuan atau sikap yang menggambarkan manusia sebagai diri sendiri. Sahsiah juga dikenali sebagai watak. Dalam hal ini, perkara yang diberi tumpuan yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah:

- Berakhlak mulia

- Bertanggungjawab

- Seimbang dan harmonis dari segi JERI

- Percaya dan patuh kepada Tuhan

.

KEBUDAYAAN

Budaya bermaksud tamadun atau kehalusan budi bahasa dan bersopan tingkah laku, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir dan berkelakuan).

Dalam konteks ini, budaya meliputi gaya hidup, tingkah laku, kebiasaan dan peradaban dalam semua aktiviti harian yang membawa kepada kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara

Thursday, October 22, 2009

Pelaksanaan Rintis SPPK di Sekolah

PROGRAM RINTIS
SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (SPPK)

TUJUAN PROJEK RINTIS

  1. Mendapat maklumat tentang keperluan, kesesuaian dan kebolehlaksanaan dari segi
  2. Sistem
  3. Personel
  4. Latihan
  5. Prasarana

Sekolah Rintis

  1. 50 buah sekolah pada tahun 2008
  2. 500 buah sekolah pada tahun 2009

TUJUAN RINTIS

  1. Memperkenalkan konsep SPPK bagi mewujudkan kesedaran kepada guru dan pentadbir sekolah.
  2. Mendapatkan penerimaan guru dan sekolah tentang perlunya SPPK dilaksanakan dalan sistem pendidikan.
  3. Mengkaji kebolehlaksanaan SPPK dalam sistem persekolahan semasa
  4. Mendapatkan maklumat tentang tahap kesediaan sekolah dari segi personel, infrastruktur, murid dan ibu bapa.

PERKARA YANG DIKAJI DALAM RINTIS

  1. Kesediaan (pengetahuan, kefahaman dan sikap) dan kepakaran guru, pentadbir dan kakitangan sekolah, PPD dan JPN bagi melaksanakan SPPK
  2. Kesesuaian dan kebolehlaksanaan SPPK dalam sistem persekolahan
  3. Kesesuaian dan kebolehlaksanaan kaedah menyimpan rekod dan melaporkan pencapaian murid
  4. Kesesuaian kelengkapan infrastruktur fizikal dan ICT
  5. Keperluan personel dan kesesuaian struktur organisasi
  6. Keberkesanan bahan pentaksiran yang digunakan
  7. Keperluan dan keberkesanan latihan
  8. Keberkesanan treatment, remedial, maklumbalas dalam pertumbuhan pembelajaran murid

Maklumat tersebut diperoleh dari INSTRUMEN RINTIS berikut

  1. Instrumen Kajian Rintis – Bahan 007
  2. Instrumen Kajian Kesesuaian Wajaran Pentaksiran Di Peringkat Sekolah dan Beban Tugas Guru dalam Pelaksanaan SPPK – 005

PELAKSANAAN RINTIS

A. PENTAKSIRAN SEKOLAH

1. Membina Standard Prestasi peringkat sekolah bagi konteks/mata pelajaran/unit pembelajaran yang diajar

2. Membina tugasan/instrumen untuk perkara yang hendak ditaksir (PADI)
i. Profil ( PROFIL)
ii. Achievement ( PENCAPAIAN)
iii. Development (PERKEMBANGAN)
iv. Involvement (PENGLIBATAN)

3. Mentadbir Instrumen semasa Pengajaran dan Pembelajaran

4. Menskor respons murid

5. Melapor SECARA deskriptif /kualitatif mengikut PASSaK
i. Potensi (P)
ii. Akademik (A)
iii. Sosial (S)
iv. Sahsiah (Sa)
v. Kebudayaan (K)

6. Menggunakan Portfolio untuk merekod hasil kerja murid

B. PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK

i. INVENTORI PERSONALITI

PERINGKAT : TAHUN SATU

AKTIVITI : KOMUNIKASI / HUBUNGAN DENGAN ORANG LAIN

INSTRUMEN : PEMERHATIAN

Bina Instrumen:

1. Sediakan satu set instrumen pemerhatian yang lengkap untuk mengetahui tahap dan kebolehan komunikasi atau perhubungan dengan orang lain bagi murid Tahun Satu.

2. Pilih bentuk komunikasi yang sesuai (Perbualan, Lakonan, Sesi soal jawab)

3. Tentukan konteks (Keluarga, Makanan, Permainan)

4. Sediakan senarai semak

5. Sediakan penskoran

6. Panduan Tadbir

7. Tadbirkan Instrumen

8. Sediakan pelaporan

9. Beri maklumbalas

ii. APTITUD KHUSUS

PERINGKAT : PRA SEKOLAH

AKTIVITI : MINAT

INSTRUMEN : SENARAI SEMAK

Bina Instrumen:

1. Sediakan satu set instrumen senarai semak yang lengkap untuk mengetahui minat murid dalam bidang-bidang tertentu bagi murid prasekolah

2. Sediakan senarai semak (Sama ada bentuk penulisan, grafik atau media lain)

3. Sediakan panduan untuk menentukan minat murid

4. Sediakan kaedah penskoran

Panduan Tadbir

1. Tadbirkan Instrumen

2. Sediakan pelaporan

3. Beri maklumbalas

iii. INVENTORI PERSONALITI

PERINGKAT : TAHUN SATU

AKTIVITI : KERJA KUMPULAN

INSTRUMEN : PEMERHATIAN

Bina Instrumen:

1. Sediakan satu set instrumen pemerhatian yang lengkap untuk mengetahui tahap dan kebolehan murid Tahun Satu dalam kerja kumpulan.

2. Pilih aktiviti kerja kumpulan yang sesuai (Jig-saw Puzzle, Gotong-royong)

3. Tentukan konteks (Rakan sebaya, Permainan)

4. Sediakan senarai semak

5. Sediakan penskoran

Panduan Tadbir

1. Tadbirkan Instrumen

2. Sediakan pelaporan

3. Beri maklumbalas

C. PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI (PAJ)

BAHAN-BAHAN YANG DISEDIAKAN:

1. Instrumen Pendidikan Jasmani Prasekolah

2. Instrumen Pendidikan Jasmani Tahun 1

3. Instrumen Pendidikan Kesihatan Tahun 1

4. Contoh Borang Pentaksiran PAJ untuk penskoran

5. Rakaman Aktiviti PAJ yang menunjukkan:

Contoh aktiviti yang perlu ditaksir

Contoh kaedah pentaksiran

ARAHAN TUGASAN BENGKEL:

1. Fasilitator akan memainkan rakaman video untuk 10 minit.

2. Para peserta diminta melihat video dan mengenal pasti aktiviti yang sepadan dengan instrumen yang disediakan.

3. (Nota: Video ini adalah mewakili aktiviti sebenar yang akan dilakukan oleh guru PAJ di sekolah.)

4. Para peserta diminta memberikan komen tentang tahap penguasaan murid di dalam pelaksanaan aktiviti tersebut.

5. Para peserta diminta merekod (1 ) dalam Borang Pentaksiran PAJ.

6. Para peserta diminta menyediakan maklum balas dan sumbang saran hasil perbengkelan untuk pembentangan selama 10 minit.

LAPORAN RINTIS – GURU

Untuk mendapatkan maklumat tentang kekuatan, kelemahan dan masalah berhubung pentaksiran sekolah dari segi:

1. Bentuk pentaksiran

2. Penghasilan instrumen pentaksiran

3. Pengendalian pentaksiran

4. Perekodan maklumat

5. Analisis

6. Kaedah pelaporan

7. Penggunaan hasil pentaksiran

LAWATAN PEMANTAUAN

i. Untuk mendapatkan maklumat tentang kekuatan, kelemahan dan masalah berhubung pentaksiran sekolah dari segi:

1. Bentuk pentaksiran

2. Penghasilan instrumen pentaksiran

3. Pengendalian pentaksiran

4. Perekodan maklumat

5. Analisis

6. Pelaporan

7. Penggunaan hasil pentaksiran

ii. Untuk mendapatkan maklumat tentang pelaksanaan pentaksiran sekolah dari segi:

1. Personel

2. Infrastruktur

3. Murid

4. Guru

5. Ibu bapa pentaksiran

DAPATAN YANG DIHASRATKAN DARI PEMANTAUAN

1. Adakah pentaksiran yang dijalankan di sekolah masih terlalu berfokus kepada pencapaian akademik?

2. Adakah format, bentuk dan instrumen pentaksiran sekolah masih mirip peperiksaan berpusat?

3. Adakah sekolah benar-benar melaksanakan Pentaksiran Sekolah, Psikometrik dan PAJ seperti dihasratkan?

4. Adakah masalah sampingan timbul daripada pelaksanaan SPPK?

5. Adakah guru dan ibubapa menerima atau menolak SPPK dari segi:

· Konsep

· Kaedah Pelaksanaan

· Jadual Pelaksanaan

· Wajaran Peratusan PBS dan PBP

6. Bagaimana guru dan sekolah boleh dibantu untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan SPPK?

INSTRUMEN PEMANTAUAN

1. Senarai semak

2. Soal selidik

3. Temu bual terbuka dan berstruktur

4. Pemerhatian langsung

LAPORAN PEMANTAUAN

1. Laporan kualitatif dikumpul dan dirumus mengikut pasukan, zon dan pusat.

2. Laporan kuantitatif dikumpul dan dianalisis di peringkat pusat.

3. Laporan menyeluruh disediakan oleh pusat (JNS dan LPM)

Tuesday, October 20, 2009

SISTEM PENTAKSIRAN YANG ADA SEKARANG DI SELURUH DUNIA

 

 

Negara

 

Bentuk Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Finland

Sepenuhnya pentaksiran sekolah di bawah kawalan daerah

New Zealand

PBS rendah dan menengah rendah, rujukan standard, pemantauan pencapaian berasaskan sampel, tiada peperiksaan pusat sebelum 15 tahun

UK

Sistem Key-Stage, tiada peperiksaan pusat sebelum 15 tahun

Finland

Sepenuhnya pentaksiran sekolah di bawah kawalan daerah

Australia

Gabungan pentaksiran sekolah, rujukan standard dan pusat (NAPLAN)

Hong Kong

PBS diambil kira dalam peperiksaan pusat. PBS yang lebih luas 2012

UCAPAN MENTERI PELAJARAN SEMPENA MAJLIS PELANCARAN JUBLI EMAS LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA 3 MEI 2006

 

TEKS UCAPAN Y.B. DATO’ SRI  HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PELANCARAN JUBLI EMAS LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA 3 MEI 2006

”MENJANA KECEMERLANGAN PENDIDIKAN MELALUI PENTAKSIRAN”

1. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama mengucap syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnianya, kita dapat berhimpun bersama-sama bagi meraikan Majlis Sambutan Jubli Emas Lembaga Peperiksaan Malaysia. Semoga melalui majlis seperti ini, kita akan dapat saling kenal mengenali seterusnya membolehkan kita bekerjasama erat bagi menjayakan agenda pendidikan demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

2. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada setiap yang terlibat dan yang telah menyumbangkan begitu banyak idea, kepakaran dan pengalaman ke arah menambah baik lagi sistem pendidikan negara menerusi proses pentaksiran. Dengan pengalaman selama 50 tahun, saya percaya Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) boleh melaksanakan perubahan di dalam Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), bukan sahaja dalam bidang pentaksiran malah bertaindak sebagai agen perubahan untuk merombak keseluruhan sistem pendidikan negara, sesuai dengan tema sambutan jubli emas, iaitu Menjana Kecemerlangan Pendidikan Melalui Pentaksiran.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

3. Tidak lama lagi, kita akan melancarkan secara rasminya pelan tindakan atau blue-print Kementerian Pelajaran sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9). Pelan tindakan ini amat penting, kerana melalui pelan tindakan ini, kita akan menyediakan asas yang kukuh untuk reformasi pendidikan sepenuhnya menjelang tahun 2020. Sepanjang dua tahun yang lepas, kita telah merangka dasar, fokus dan hala tuju pembangunan pendidikan Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMK9). Dalam perancangan kita ini, kita telah mengambil kira wawasan, matlamat, dasar dan perancangan negara. Melalui pelan tindakan yang telah kita rangka ini, kita berhasrat untuk mencapai tiga matlamat utama, iaitu;

• Pertama – membentuk ciri-ciri individu dan masyarakat bangsa Malaysia yang dicita-citakan di dalam negara maju Malaysia pada tahun 2020;

• Kedua – menyediakan akses, ekuiti dan pendidikan berkualiti untuk semua golongan agar pada tahun 2020 kelak, tiada mana-mana pihak yang tercicir dari arus kemajuan negara;

• Ketiga – terarah untuk memastikan pembangunan yang mampan agar kemajuan yang dicapai oleh negara dan bangsa dapat terus dipertahankan.

4. Segala yang hendak kita laksanakan selepas ini di dalam RMK9, termasuk melalui segala percubaan dan projek rintis, matlamatnya adalah untuk menyediakan asas-asas yang kukuh agar menjelang tahun 2020 kita dapat melaksanakan satu rombakan atau perubahan menyeluruh sistem pendidikan negara dengan penuh keyakinan. Ketika itu, sistem pendidikan negara mestilah berupaya untuk melahirkan masyarakat Bangsa Malaysia yang kita idam-idamkan, iaitu yang mempunyai keyakinan diri dan jati diri yang teguh, berpegang kepada nilai moral dan etika yang kukuh, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal dan bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik, mempunyai pengagihan ekonomi yang adil, progresif dan makmur, serta menguasai sepenuhnya ekonomi yang bersaing, dinamik, cergas dan kental.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

5. Saya sedar, hari ini sistem pendidikan negara kita telah berkembang dengan begitu pesat. Begitu banyak kejayaan yang telah kita capai hasil dari sumbangan pelbagai pihak, baik dari kalangan pemimpin, ahli politik, penjawat awam, pihak swasta, badan bukan kerajaan termasuk, anggota masyarakat termasuklah individu-individu yang begitu prihatin terhadap pendidikan anak bangsa. Sumbangan dan buah fikiran dari pelbagai pihak ini, sedikit sebanyak telah membantu mengangkat imej sistem pendidikan negara di mata dunia.

6. Walaupun terdapat sejumlah kejayaan yang kita capai, namun kita perlu mengakui hakikat bahawa masih terdapat kelemahan-kelemahan di kawasan-kawasan tertentu atau di dalam bidang-bidang tertentu di dalam sistem pendidikan negara hari ini. Kita wajar menerima hakikat bahawa biarpun dari segi dasar dan perancangan makro, segala-galanya nampak mencukupi dan memadai, namun di kawasan-kawasan tertentu atau di dalam bidang-bidang tertentu ini, terdapat tugas-tugas kita yang masih belum selesai dan belum dapat kita sempurnakan. Berkaitan hal ini, saya berpandangan, mungkin di kawasan tertentu dan di dalam bidang tertentu ini, kita tidak boleh lagi melaksanakan pelan tindakan kita berdasarkan perancangan yang dibuat secara makro. Sebaliknya kita perlu memberi perhatian yang lebih khusus terhadap kawasan dan bidang terbabit serta mengubah suai sedikit sebanyak strategi dan pelan tindakan yang hendak dilaksanakan.

7. Justeru dalam Pelan Tindakan RMK9 yang hendak kita umumkan tidak lama lagi, kita akan mengambil dua bentuk pendekatan dalam melaksanakan agenda pendidikan negara sepanjang tempoh lima tahun ini, iaitu;

i. Pertama: kita mahu menggerakkan komitmen untuk menyelesaikan tugas-tugas kita yang masih belum selesai walaupun tugas-tugas ini ada dilaksanakan di sepanjang rancangan-rancangan lima tahun sebelum ini, iaitu untuk memastikan akses dan menyama ratakan medan persaingan di kalangan pelajar. Menerusi pendekatan ini, Kementerian Pelajaran komited untuk meneruskan pertamanya, agenda untuk memperkasa Sekolah Kebangsaan dan keduanya, agenda untuk merapatkan jurang pendidikan di kalangan rakyat.

ii. Kedua: kita mahu menggerakkan komitmen untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah-sekolah di dalam kelompok-kelompok kecemerlangan sehingga sekolah-sekolah ini termasuk guru dan pelajarnya boleh mengangkat nama negara dan sistem pendidikan negara di mata dunia. Pendekatan kedua ini lahir di atas kesedaran bahawa terdapat sekolah-sekolah kita yang telah mencapai tahap cemerlang dan mungkin juga tahap terbilang, yang memerlukan perhatian khusus agar kecemerlangannya bukan sahaja dapat terus dipertahankan malah mampu diangkat ke suatu tahap yang lebih tinggi. Kita tidak mahu, jika kita sekadar memberi perhatian yang sama dengan ribuan sekolah-sekolah lain yang berprestasi sederhana, akhirnya sekolah-sekolah yang cemerlang ini terabai sehingga prestasinya turun ke tahap sederhana. Menerusi pendekatan kedua ini, kementerian akan mengenal pasti sekolah-sekolah di dalam kelompok-kelompok sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah-sekolah Perdana (Premier), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah-sekolah 100 tahun (cetennial), Sekolah rintis Bestari serta sekolah-sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, dan seterusnya memperkenalkan pelbagai program yang dapat membantu meningkatkan lagi kelebihan, kekuatan dan daya saing sekolah-sekolah di dalam kelompok-kelompok ini. Di kalangan kelompok ini juga, kita akan mengenal pasti sekolah-sekolah yang sudah bersedia untuk diberikan sedikit autonomi agar pengurusan sekolah dapat merangka sendiri pendekatan-pendekatan yang boleh menjadikan sekolah mereka lebih cemerlang.

8. Dua pendekatan ini sangat penting kerana kita sedar tidak semua pentadbir, guru dan sekolah yang bersedia untuk berdepan dengan sebarang rombakan atau perubahan yang hendak kita laksanakan dalam sistem pendidikan negara.

Ada sekolah-sekolah kita yang masih bergelut dengan soal infrastruktur asas dan ada ibu bapa murid yang masih belum jelas dengan soal-soal asas berkaitan pendidikan. Mungkin tidak adil untuk `memaksakan’ perubahan yang drastik terhadap pentadbir, guru, ibu bapa dan sekolah yang masih belum bersedia ini. Bagaimanapun kita tidak boleh menafikan hakikat bahawa terdapat sekolah-sekolah kita yang sebenarnya telah lama bersedia. Mungkin di sekolah-sekolah ini, sedikit autonomi boleh diberikan kepada pentadbir dan gurunya agar mereka boleh melonjakkan pencapaian murid dan diri mereka sendiri ke suatu tahap yang lebih tinggi lagi.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

9. Kita harus bermula di suatu tempat. Benar, kita sekarang merangka perubahan dalam sistem pendidikan negara untuk kesemua 10,000 buah sekolah Kementerian Pelajaran, sekolah-sekolah swasta dan sekolah-sekolah agama negeri. Bagaimanapun idea ini masih perlu kita cuba, masih perlu kita rintis di sekolah-sekolah tertentu, iaitu sekolah-sekolah yang telah bersedia sebelum idea ini dapat kita perluaskan ke sekolah-sekolah lain.

10. Saya pernah menyebut bahawa kita akan berusaha untuk menjadikan sistem pendidikan kita tidak terlalu berorientasikan peperiksaan. Walaupun nampaknya seolah-olah kita sedang merangka perubahan untuk LPM, tetapi jika dilihat secara mendalam, bagi memastikan kejayaan hasrat ini, selain mengubah kaedah pentaksiran, kita juga perlu mengubah pendekatan kita dalam aspek penyediaan kurikulum dan huraian sukatan pelajaran, mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran, mengubah pendekatan latihan guru dan juga mengubah kaedah penaziran.

11. Dalam kata lain, bagi memastikan sistem pendidikan kita tidak terlalu berorientasikan peperiksaan, perubahan juga perlu berlaku dan perlu dilaksanakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dan Jemaah Nazir Sekolah (JNS). Semua ini juga harus bergerak serentak bagi memastikan hasrat ini dapat direalisasikan.

12. Dalam tempoh dua tahun ini, kita telah memulakan anjakan ke arah sistem pendidikan yang kurang berorientasikan peperiksaan melalui dua langkah, iaitu

o pertama; menggunakan pendekatan baru dalam pelaporan keputusan semua peperiksaan awam dengan hanya melaporkan pencapaian setiap mata pelajaran dan prestasi cemerlang para calon selain menghebahkan kecemerlangan pelajar di dalam aktiviti kokurikulum. Melalui pendekatan ini kita berharap kita dapat mengubah perspektif para guru, ibu bapa, masyarakat dan pihak sekolah terhadap peperiksaan serta melihat perkembangan pelajar melalui perspektif lebih menyeluruh.

o kedua; menetapkan penglibatan pelajar dalam kokurikulum, melalui memorandum kepada Jemaah Menteri, sebagai salah satu merit bagi kemasukan pelajar ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Program Matrikulasi dan Maktab Perguruan.

13. Harapan saya, dalam RMK9, LPM dan bahagian-bahagian yang berkaitan akan dapat mencari kaedah untuk:

o mengurangkan bilangan mata pelajaran dalam peperiksaan awam dan hanya menguji mata pelajaran-mata pelajaran tertentu di peringkat sekolah

o melihat semula sistem penggal dan menggantikannya dengan sistem semester

o mengubah cara kita menilai pencapaian anak-anak kita di dalam pembelajaran sesuai dengan perkembangan dan kehendak dunia, dengan mengubah penekanan dalam peperiksaan awam daripada terlalu berasaskan kandungan (content based) kepada yang lebih berasaskan kemahiran (skill based) atau daripada yang bersifat ujian pencapaian (achievement test) kepada yang bersifat ujian kebolehan am (general ability test)

o mencari kaedah pentaksiran yang mampu menggalakkan pembinaan karakter dalam mata pelajaran seperti Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani

o mengubah pendekatan pengajaran dan pembelajaran, misalnya dengan memperbanyakkan pendekatan pengurusan projek. Jika ini diperbanyakkan maka kaedah penilaian dan pentaksiran yang bersesuaian untuk menilai pencapaian pelajar juga perlu dirangka

14. Kita bukan hendak menghapuskan sama sekali peperiksaan awam seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Peperiksaan-peperiksaan itu masih diperlukan kerana kepentingan pendidikan dan sosialnya. Tetapi penekanannya yang berlebihan boleh menyebabkan sistem pendidikan kita dilihat terlalu berorientasikan peperiksaan (exam-oriented) dan zaman persekolahan akan kehilangan nilai pendidikan serta nilai kemanusiaannya.

15. Kita sedar, sistem peperiksaan hari ni mempunyai keterbatasannya berbanding kaedah pentaksiran formatif. Peperiksaan hanya mampu memberi maklumat tentang pencapaian murid dalam pembelajaran setelah pengukuran dan penilaian dibuat ke atasnya, tetapi tidak menuntut pengendalinya menterjemahkan punca pencapaian murid dan sekolah turun atau naik. Pengendali peperiksaan juga tidak berkeupayaan mengenal pasti kelemahan dan masalah murid dalam pembelajaran serta tidak dapat membuat keputusan untuk melakukan pemulihan kerana murid berkenaan tidak bersama mereka.

16. Bagaimanapun kita juga sedar bahawa pentaksiran untuk pembelajaran amat sukar atau tidak mungkin dilaksanakan melalui sistem peperiksaan berpusat. Begitu juga, bukan mudah untuk mengurangkan bilangan mata pelajaran atau subjek dalam peperiksaan awam. Dalam peperiksaan SPM misalnya, terdapat sejumlah 104 mata pelajaran ditawarkan kepada calon. Jadual waktu peperiksaan SPM 2005 membenarkan calon mengambil sehingga 25 mata pelajaran, dan pada tahun 2005 ramai calon mengambil sebanyak 18 mata pelajaran. Jumlah itu sememangnya terlalu banyak untuk mana-mana peperiksaan awam.

17. Untuk mengurangkan bilangan mata pelajaran dalam peperiksaan awam atau untuk melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah, kita memerlukan guru-guru yang terlatih di sekolah-sekolah. Dengan pentaksiran berasaskan sekolah, semua bentuk pentaksiran yang lebih bersifat alternatif dan autentik seperti pentaksiran kerja kursus, projek, persembahan, aktiviti jasmani, ko-kurikulum, sahsiah, budi pekerti dan pembinaan jati diri murid boleh dilaksanakan. Bagaimanapun dalam hal ini, guru besar dan pengetua perlu diberi pengiktirafan dan sedikit autonomi untuk mengesahkan laporan yang dikeluarkan oleh sekolah.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

18. Saya percaya tugas ini bukan suatu tugas yang mudah. Disebabkan itu sempena ulang tahun ke-50 Lembaga Peperiksaan Malaysia, saya tidak akan memberikan sebarang hadiah, sebaliknya memberikan lebih banyak tugas kepada mereka. Melalui tugas-tugas ini, saya berharap LPM akan dapat meningkatkan lagi keupayaan mereka agar reformasi pendidikan dapat disegerakan. Sempena ulang tahun ke-50 LPM ini, saya mahu LPM mencari jalan untuk;

. menghantar pegawai-pegawainya untuk menimba pengetahuan serta pengalaman dengan badan-badan pentaksiran dan universiti di luar negara

• memberi perhatian kepada kaedah pentaksiran yang dapat menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat di kalangan pelajar

• mengkaji dan memperkembangkan kaedah pentaksiran yang mampu menggalakkan perkembangan karekter

• menghasilkan standard prestasi kebangsaan yang boleh dijadikan kayu ukur berbanding standard negara-negara lain, dan

• meningkatkan jalinan kerjasama dengan badan-badan pentaksiran negara maju termasuk melalui program pertukaran pegawai, penyelidikan bersama, pengendalian peperiksaan dan pengeluaran sijil secara bersama.

Saya percaya bahawa banyak yang perlu dilakukan oleh LPM sepanjang tempoh lima tahun ini. Saya tidak mengharapkan agar arahan saya itu dapat dilihat hasilnya dalam tempoh singkat tetapi usaha ke arahnya perlu dimulakan serta merta.

19. Sekali lagi saya ucapkan tahniah dan syabas kepada semua warga LPM di atas ulang tahun ke-50, yang genap pada hari ini, 3 Mei 2006. Semoga LPM akan terus mempertingkatkan ilmu, kemahiran dan keprofesionalannya dalam menangani cabaran yang mendatang. Dengan harapan itu, dengan lafaz bismillah-ir rahman-ir rahim, saya dengan rasminya melancarkan Sambutan Jubli Emas Lembaga Peperiksaan Malaysia.

WabilLahi Taufiq wal Hidayah, Assalamualaikum wbt.

Monday, October 19, 2009

Do you know?

  1. The top 10 in demand jobs in 2010 did not exist in 2004
  2. We are currently preparing students for jobs that don’t yet exist, using technologies that haven’t been invented, in order to solve problems we don’t even know are problems yet
  3. 1 out of 8 couples married in the U.S. last year met online
  4. The #1 ranked country in Broadband Penetration is Bermuda, # 19 The United States, #22 Japan
  5. Did you know that in the Quran, Allah swt said that the percentage of human knowledge that is permitted by Allah swt is equivalent to A DROP from the OCEAN. Did you know that an area of some 361,000,000 square kilometres (139,000,000 sq miles) of the Earth's surface is covered by ocean! So you all can just imagine / compare how much is Allah's swt knowledge! Allahu Akbar!Read More
  6. 'If people went to the doctor and were treated the same way today as they would have been 30 years ago, there would be a national outcry. So how can we expect schools to stay static?'

Tidak lagi bergantung 100% kepada peperiksaan – TPM

ARKIB : 19/04/2009

Oleh ARSHAD KHAN
Pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 18 April – Sistem pendidikan negara bakal melalui transformasi penting tahun depan apabila tidak lagi bergantung 100 peratus kepada peperiksaan bagi menentukan gred pelajar.

Untuk itu, Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) akan diperkenalkan yang memasukkan kecerdasan akademik, sahsiah pelajar dan penglibatan dalam kokurikulum sebagai penentu gred peperiksaan awam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia akan dimulakan dengan murid prasekolah dan tahun satu.

SPPK akan menyebabkan penumpuan terhadap peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikurangkan.

“Langkah ini secara keseluruhannya akan menyediakan modal insan yang holistik,” katanya yang juga Menteri Pelajaran.

Teks ucapan Muhyiddin dibacakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong sempena pelancaran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom.

Tahap pencapaian pelajar buat masa ini diukur 100 peratus kepada prestasi mereka ketika menjawab soalan peperiksaan akhir tahun dan awam.

Ka Siong pada sidang akhbar selepas itu berkata, SPPK akan meletakkan penekanan terhadap proses pembelajaran secara menyeluruh dan bukan setakat menjawab soalan peperiksaan sahaja.

Katanya, langkah itu menjadikan sistem pendidikan negara tidak terlalu berorientasikan peperiksaan sehingga kelihatan mengabaikan aspek-aspek lain yang sama penting.

Malah, kata beliau, untuk jangka panjang, kementerian juga sedang menilai sama ada perlu mengadakan sehingga tiga peperiksaan awam.

Alimuddin ketika ditemui menambah, di bawah SPPK, pemberian markah untuk pelajar akan terdiri daripada empat punca iaitu:

- Psikometri (sikap atau sahsiah seseorang pelajar)

- Kokurikulum

- Berasaskan sekolah (peperiksaan mingguan dan bulanan)

- Berpusat (Lembaga Peperiksaan menyediakan soalan standard peperiksaan di semua sekolah).

Jelas beliau, melalui SSPK, penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan lebih maksimum.

Katanya, pihak kementerian mencadangkan 70 peratus markah untuk UPSR adalah berasaskan pentaksiran dan hanya 30 peratus melalui peperiksaan umum.

Bagi PMR pula, katanya, 50 peratus berdasarkan pentaksiran dan 50 peratus lagi dalam peperiksaan manakala untuk SPM, 30 peratus berdasarkan pentaksiran serta bakinya melalui peperiksaan.

“Untuk SPM kita menumpukan lebih sedikit pada peperiksaan kerana keputusan itu penting bagi penempatan pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta,” katanya.

Jelas beliau, projek perintis SSPK telah dilaksanakan melibatkan 50 sekolah pada tahun lalu dan 500 lagi pada tahun ini.

Katanya, maklum balas yang diterima termasuk daripada para guru adalah amat positif.

Beliau berkata, pengenalan SSPK tidak akan membebankan para guru kerana sebahagian pendekatan sistem itu sudah pun dimulakan.

“Sekarang ini pun dah buat, kita ada ujian mingguan, ujian bulanan dibuat oleh guru, tetapi semuanya hanya simpan di sekolah dan tidak dimasukkan dalam keputusan akhir peperiksaan.

“Macam itu juga dengan kokurikulum, sekarang pun ada pelajar jadi pengawas, main bola untuk sekolah, cuma tidak dimasukkan secara rasmi dalam penentuan gred peperiksaan awam pelajar,” katanya.

Jelasnya, sistem pentaksiran akan dimulakan dari tahun satu hingga enam untuk UPSR, tingkatan satu hingga tiga bagi PMR manakala tingkatan empat dan lima untuk SPM.

Katanya, kumpulan pertama pelajar yang akan dinilai UPSR mereka menggunakan kaedah SPPK ialah pada tahun 2015 iaitu apabila murid tahun satu 2010 menduduki peperiksaan awam pada tahun berkenaan.

Jelas Alimuddin, beliau yakin SPPK akan dapat mencapai objektifnya kerana ia dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

Friday, October 16, 2009

SPPK dan Transformasi Kurikulum Kebangsaan

Dipetik dari artikel ; MEMBANGUN MODAL INSAN

Oleh :

Tn. Hj. Ali bin Ab. Ghani (A.M.N.)
Pengarah
Bahagian Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia

(2008)

KBSR dan KBSM menuntut pembangunan menyeluruh potensi murid dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Namun, penekanan kepada peperiksaan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menjurus kepada menyediakan murid untuk boleh menjawab soalan peperiksaan sahaja. Malah, sistem pentaksiran murid sedia ada juga lebih mengarah kepada pentaksiran aspek intelek sahaja tanpa memberi banyak tumpuan kepada penilaian pertumbuhan dan perkembangan potensi-potensi lain. Ke arah itu, pihak  Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengenal pasti dan memperbaiki kelemahan amalan sistem pentaksiran yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Beberapa usaha penambahbaikan sedang dan telah dilakukan bagi memperbaiki kelemahan sedia ada. Antaranya ialah pelaksanaan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) yang dilihat mampu memberikan satu bentuk pentaksiran menyeluruh potensi murid dengan penekanan yang hampir sama bagi aspek potensi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ini dilaksanakan melalui penggabungan hasil pentaksiran berasaskan sekolah (pentaksiran sekolah) dengan pentaksiran dan peperiksaan pusat. Strategi ini turut ditambah melalui pengenalan secara meluas penggunaan ujian psikometrik dalam pengumpulan data dan maklumat tentang perkembangan dan pertumbuhan murid. Selain itu, konsep pentaksiran murid diperluaskan juga skopnya bagi merangkumi aspek penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum dan aspek lain berkaitan domain keinsanan dan sahsiah murid. Maka, ini menuntut pengupayaan sekolah dan guru dalam melaksanakan proses pentaksiran pendidikan murid mereka sendiri di sekolah.

 

KONSEP SPPK

Pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia(LPM) mengetengahkan konsep PADI – akronim untuk Profile, Achievement, Development dan Involvement dalam membangunkan SPPK. Berdasarkan konsep ”PADI” ini, dimensi pertama yang perlu diberi perhatian dalam proses pentaksiran murid ialah membentuk profil psikometrik murid tersebut. Ini merangkumi data berkenaan kecenderongan, aptitud dan minat murid. Dimensi kedua pula menyentuh aspek Achievement atau pencapaian dan Development atau perkembangan murid manakala dimensi ketiga memberi penegasana kepada aspek Involvement atau penglibatan murid melalui aktiviti jasmani dan kokurikulum. Jelas, konsep ini mengutamakan pentaksiran perkembangan individu murid secara menyeluruh.

Model pemantauan pertumbuhan individu murid dapat dijelmakan melalui Rajah 2 seperti di bawah:

clip_image002

 

LIMA SERANGKAI

Sistem Pentaksiran Persekolahan Kebangsaan mencadangkan lima bentuk pentaksiran untuk melaksanakan konsep PADI yang dinyatakan. Lima bentuk pentaksiran ini boleh digambarkan melalui Rajah 3 seperti di bawah:

clip_image004

 

1. Pentaksiran sekolah

Pentaksiran sekolah merupakan pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa dan dilaporkan oleh guru di sekolah yang melibatkan murid, ibu bapa dan organisasi luar. Pentaksiran sekolah boleh dilaksanakan dalam bentuk pentaksiran formatif yang dilaksanakan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir tahun.

2. Pentaksiran Pusat

Pentaksiran pusat merupakan suatu pentaksiran yang mempunyai piawai (standard prestasi), panduan dan peraturan, instrumen pentaksiran dan kaedah menganalisis data yang disediakan oleh agensi pusat (LPM). Pihak sekolah bertanggungjawab mentadbir, memeriksa respons murid dan menyediakan pelaporan. Pentaksiran ini dilaksanakan secara pentaksiran sumatif berdasarkan jadual yang ditetapkan oleh LPM. Markah yang diperolehi akan dihantar ke LPM untuk dianalisis dan dimederatkan sebelum ianya dihantar semula ke sekolah untuk pelaporan penguasaan sekolah.

3. Peperiksaan Pusat

Konsep pelaksanaan peperiksaan seperti sistem sedia ada yang dikendalikan sepenuhnya oleh LPM masih dikekalkan. Perkara yang ditaksirkan adalah berkaitan dan memnuhi sukatan pelajaran yang ditetapkan. Prestasi murid dalam peperiksaan pusat akan dilaporkan dalam sijil yang dianugerahkan oleh LPM dengan mengambilkira prestasi murid dalam pentaksiran pusat dan pentaksiran sekolah.

4. Pentaksiran Aktiviti Jasmni dan kokurikulum

Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum adalah bertujuan bagi mengukur dan menilai prestasi, penglibatan dan penyertaan murid dalam pelbagai aktivit jasmani. Kokurikulum dan extra-curriculum. Instrumen dan panduan pentaksiran akan disediakan oleh LPM bersama organisasi yang berkenaan dengan bidang kepakaran mereka.

5. Ujian Psikometrik

Ujian psikometrik digunakan untuk mentaksir trait psikologi murid yang berhubungan dengan pembelajaran mereka. Instrumen ujian psikometrik, cara menganalisis dan mentafsir data akan dibina oleh LPM dan pentadbirannya dilaksanakan oleh sama ada LPM atau sekolah.

ISU DAN CABARAN

Namun, timbul persoalan samada masyarakat bersedia untuk menerima perubahan kerana selama ini peperiksaan merupakan indikator mudah untuk melihat kejayaan atau kegagalan murid. Murid selama ini diukur kebolehannya berdasarkan tahap inteleknya sahaja, namun dengan pelaksanaan SPPK, murid dinilai dari semua aspek potensi dirinya. Perubahan ini menuntut kepada penyusunan semula struktur kemasukan murid ke sekolah berasrama penuh, tajaan biasiswa, kemasukan ke institusi pengajian tinggi dan lain-lain kemudahan pendidikan yang selama ini bergantung kepada bilangan ”A” yang dicapai murid.

Kecelaruan ini mengundang kepada persoalan pembentukan dan penetapan standard pelepasan yang perlu dicapai oleh murid melalui kurikulum kebangsaan dan sistem pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah.

TRANSFORMASI KURIKULUM KEBANGSAAN DAN SPPK – SATU KONSOLIDASI

Transformasi Kurikulum Kebangsaan dan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan merupakan dua strategi yang saling melengkapi ke arah merealisasikan agenda membangunkan modal melalui pendidikan. Kedua-dua strategi menekankan kepada pencapain standard yang ditetapkan; Transformasi Kurikulum melalui penetapan standard kandungan dan standard pencapaian manakala SPPK melalui Ujian Rujukan Standard. Pelaksanaan Transformasi

Kurikulum Kebangsaan dan SPPK akan memastikan prestasi murid dibitara dan setanding dengan standard antarabangsa dalam pelbagai bidang pengetahuan,

clip_image006

kemahiran dan kecekapan. Hal ini diperjelaskan maksudnya melalui Rajah 4 di atas.

 

RUMUSAN

Transformasi Kurikulum Persekolahan Kebangsaan dan Sistem Pentaksiran dan Penilaian Kebangsaan (SPPK) merupakan pelengkap kepada proses transformasi sistem pendidikan negara. Transformasi kurikulum persekolahan kebangsaan mengupayakan penstrukturan sistem persekolahan dalam bentuk semester. Di samping itu, kurikulumnya distruktur dalam bentuk modular yang dinamik sifatnya. Ini membolehkan kurikulum persekolahan menyerap sebarang bentuk pertambahan atau pengubahsuaian kandungan sesuai dengan keperluan semasa atau masa akan datang. Sistem Pentaksiran dan Penilaian Kebangsaan pula melengkapi usaha ini dengan menjadikan pengalaman persekolahan yang tidak berorientasikan peperiksaan. Malah, perkembangan potensi murid ditaksir secara lebih menyeluruh merangkumi domain jasmani, emosi, rohani dan inteleknya. Kaedah pentaksiran melalui pendekatan berasaskan sekolah juga mengurangkan tekanan kepada murid, guru dan penjaga serta ibu bapa. Ini secara langsung menyediakan iklim dan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan di kalangan murid. Kelangsungan daripada impak ini ialah sistem persekolahan mampu mengurangkan kecenderungan murid terlibat dengan gejala masalah disiplin dan jenayah. Pembangunan modal insan yang cemerlang intelek, sahsiah dan jati diri melalui Transformasi Kurikulum

Persekolahan Kebangsaan dan SPPK secara kolektif akan menyediakan sumber guna tenaga yang diperlukan dalam menempuh cabaran dan keperluan negara dalam memacu negara ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020.

 

Disediakan oleh

Bahagian Pembangunan Kurikulum

2008

Thursday, October 15, 2009

Peperiksaan vs Pentaksiran

Dipetik dari Portal Pendidikan Utusan

(Oleh Dr Jamil Adimin - Lembaga Peperiksaan Malaysia)

Kita seringkali mendengar ungkapan pendidikan yang terlalu memberi penekanan kepada peperiksaan atau exam oriented yang dikatakan kurang baik. Kita disarankan supaya lebih memberi tumpuan kepada pentaksiran yang holistik.


Apa itu peperiksaan dan apa itu pentaksiran. Apa pula yang dimaksudkan dengan penilaian? Apakah perbezaan antara istilah-istilah tersebut? Siri Peperiksaan Oh Peperiksaan kali ini membicarakan konsep dan penggunaan ketiga-tiga istilah ini di samping istilah-istilah lain yang berkaitan seperti pengukuran, ujian, soal selidik, kuiz, menduga akal dan temu duga.

 

Mengikut pakar dan penulis buku yang terkenal dalam bidang berkenaan iaitu David Payne dalam bukunya Applied Educational Assessment Edisi Kedua tahun 2003, pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi
yang dibuat ke atas maklumat. Daripada pengertian pentaksiran di atas, beliau menyarankan:

    Pentaksiran = Pengukuran + Penilaian


Untuk mendapatkan maklumat tentang pembelajaran murid, kita boleh mengguna proses pengukuran, penilaian atau pentaksiran. Pengukuran ialah proses mendapatkan maklumat dengan cara mengukur menggunakan instrumen sebelum ukuran itu dapat dinilai atau diinterpretasikan. Proses pengukuran berakhir dengan maklumat berbentuk kuantitatif seperti markah mentah, peratus markah mentah, persentil (peratusan kedudukan seseorang berbanding kedudukan orang lain), agregat dan pangkat atau band. Ukuran di atas boleh didapati sama ada dengan menggunakan instrumen atau pun tidak. Instrumen atau alat pengukuran pendidikan yang biasa digunakan ialah ujian, soal selidik (questionnaire), kuiz dan senarai semak (check list).

 

Tanpa instrumen, ukuran diperoleh dengan cara taksiran, anggaran, agakan, ta’kulan dan pemerhatian. Sebagai
analogi, kita boleh mengetahui ukuran atau maklumat tentang berat seorang kanak-kanak Tahun Satu di Malaysia tanpa mengguna penimbang. Begitu juga seorang guru boleh mengetahui ukuran atau maklumat tentang sejauh mana muridnya menguasai apa yang dipelajari, tanpa menjalankan ujian, dengan cara di atas. Walau bagaimanapun, ukuran
yang diperoleh tanpa mengguna instrumen tentunya kurang tepat dan kurang boleh dipercayai kerana seringkali berubah-ubah mengikut masa, mengikut orang yang mentaksir dan mengikut keadaan.

 

Penilaian ialah proses mendapatkan maklumat tentang sesuatu diikuti dengan proses memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat itu. Misalnya, pernyataan ”Ahmad mendapat markah 90% dalam ujian Matematik, oleh itu dia adalah seorang murid yang cemerlang dalam mata pelajaran itu”, merupakan penilaian atau interpretasi tentang ukuran atau maklumat. Tidak seperti pengukuran, maklumat yang diperoleh daripada penilaian boleh jadi berbentuk kuantitatif atau kualitatif. Maklumat kualitatif dalam penilaian adalah seperti ”Baik”, ” Cemerlang”, ”Menguasai tahap pencapaian minimum” dan ”Boleh membaca dengan kefahaman yang tinggi”. Perhatikan bahawa maklumat kualitatif dalam penilaian boleh jadi nilaian atau interpretasi kepada maklumat kuantitatif.

 

Proses penilaian berhenti setakat memberi nilai atau interpretasi tanpa membuat keputusan seperti ”layak memasuki aliran Sains”. Apabila keputusan dibuat berdasarkan nilai atau interpretasi maklumat, proses yang berlaku daripada mengumpul maklumat sehingga membuat keputusan dipanggil pentaksiran. Dalam pendidikan, proses mengumpul maklumat, memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat dan membuat keputusan boleh berlaku secara
formal atau tidak formal. Ketiga-tiga proses di atas berlaku secara timbal balik dan sepadu antara satu sama lain dan sepadu dengan proses pengajaran-pembelajaran.

 

Pengertian istilah pentaksiran atau assessment yang berasal daripada perkataan Greek ”Assidere” iaitu bermaksud ”Duduk di sisi” seperti dinyatakan di atas sesuai dengan apa yang dilakukan oleh ibu bapa dalam mengajar Al-Quran dalam tradisi pendidikan orang Melayu. Proses pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran berlaku secara timbal balik dan sepadu di mana sambil mengajar anaknya mengaji Quran, seorang ibu membuat pentaksiran secara tak formal kerana dia tahu adakah anaknya telah menguasai apa yang dipelajari atau belum dan dia tahu sama ada anaknya perlu mengulang balik atau meningkatkan ke tahap yang lebih tinggi. Di samping itu, si ibu akan menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak mulia yang holistik sifatnya semasa proses tersebut berjalan. Dalam hal ini si ibu tidak perlu pun mengadakan ujian atau peperiksaan yang formal tetapi dia tetap dikatakan mendidik menggunakan proses pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran yang sepadu.

 

Jika pentaksiran merupakan proses, peperiksaan pula merupakan salah satu kaedah, sistem atau mekanisma yang digunakan dalam proses pentaksiran. Sesuatu peperiksaan selalunya mengandungi beberapa siri ujian yang terancang untuk mendapatkan ukuran tentang sejauh mana proses pengajaran-pembelajaran berkesan. Ujian-ujian yang terdapat dalam sesuatu sistem peperiksaan boleh jadi ujian bertulis, ujian amali, ujian lisan, ujian pendengaran dan ujian
berkomputer. Dengan ciri yang sedemikian, peperiksaan selalunya hanya sesuai diguna untuk mentaksir domain kognitif atau kebolehan mental seseorang. Dua domain yang lain iaitu afektif dan psikomotor kurang sesuai ditaksir menggunakan kaedah peperiksaan.

 

Oleh hal yang demikian, peperiksaan selalu dikatakan tidak lengkap kerana tidak memberi maklumat yang lebih holistik berkaitan dengan perkembangan dan peningkatan potensi individu seorang insan. Hal-hal seperti sahsiah, akhlak, nilai murni, budi pekerti, penampilan diri, kekuatan jasmani, rohani, emosi dan sosial sukar atau tidak mungkin dapat ditaksir
sepenuhnya menggunakan peperiksaan.

 

Peperiksaan juga seringkali dikaitkan dengan pentaksiran standard, berpusat, luaran, sumatif dan dikendalikan oleh badan peperiksaan. Kekangan ini jugalah yang menyebabkan hal-hal yang sebutkan di atas sukar atau tidak dapat dilakukan dengan kaedah peperiksaan. Hal-hal tersebut lebih sesuai dilakukan melalui pentaksiran berasaskan sekolah, pentaksiran dalaman, pentaksiran formatif, pentaksiran alternatif, pentaksiran prestasi dan pentaksiran autentik.

Peperiksaan dikatakan menyebabkan anak-anak belajar dan guru-guru mengajar tidak seperti sepatutnya iaitu berdasarkan kurikulum dan sukatan pelajaran yang dibekalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum tetapi mengikut peperiksaan. Murid-murid dikatakan belajar dan guru-guru mengajar tidak mengikut kurikulum tetapi mengikut peperiksaan. Hal ini diperhatikan daripada fenomena murid Tahun Enam sekolah rendah yang tidak lagi belajar seawal
bulan Julai kerana murid-murid perlu diberi persediaan untuk menduduki peperiksaan UPSR. Mereka akan diberi latih tubi menjawab soalan peperiksaan dan dikehendaki menduduki peperiksaan percubaan lebih daripada sekali (ada yang sehingga empat kali).

 

Ibubapa terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk menghantar anak-anak ke pusat tuisyen untuk memastikan anak-anak mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Anak yang gagal mendapat A dalam mata pelajaran tertentu dikatakan gagal dalam pembelajarannya. Sekolah yang prestasinya dalam sesuatu peperiksaan merosot berbanding prestasi tahun sebelumnya, walau pun hanya 0.1%, merasa tertekan kerana prestasi guru dan pentadbir sekolah dianggap merosot.

 

Wajarkah tindakan di atas berlaku dalam sistem pendidikan kita? Jika kita menganggap tidak wajar, maka wajarkah pula kita memansuhkan peperiksaan berpusat seperti UPSR, PMR dan SPM serta mencadangkan pentaksiran berasaskan sekolah sahaja? Rata-rata peserta Seminar Sistem Pentaksiran Kebangsaan yang dihadiri pelbagai lapisan masyarakat pendidik, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan serta parti politik tidak bersetuju ketiga-tiga peperiksaan itu
dimansuhkan. Mereka sepakat menyatakan bahawa peperiksaan perlu ada dan menganggap penekanan kepada peperiksaan (exam oriented) hanya merupakan persepsi masyarakat. Jika kita dapat memberi penekanan yang sama kepada pentaksiran dalam aspek ko-kurikulum, sahsiah, budi pekerti dan nilai-nilai murni melalui pentaksiran berasaskan sekolah, pentaksiran alternatif, pentaksiran autentik, pentaksiran prestasi, pentaksiran formatif dan pentaksiran untuk pembelajaran, dengan sendirinya persepsi tersebut dapat dicairkan.

Carta Organisasi Lembaga Peperiksaan

 

PENGARAH: 

DATO DR. SALBIAH BINTI ISMAIL (PPPS UTAMA B )

TIMBALAN PENGARAH (OPERASI) :

S MADA BIN MANSOR (PPPS DG54)

SPPK :DATIN RASHIDAH BT MD YUSOF (PPPS DG52)

SPPMALN : DATIN NAWAL BT SALLEH (PPPS DG52)

SPPMRR : ABD SHUKOR BIN MOHD ALI (PPPS DG52)

TIMBALAN PENGARAH (PENGURUSAN) :

DR. MASNAH BT ALI MUDA PPPS DG54/ PTD M54

SKP : ABDULAH BIN AWANG  (PTD M52)

SPMPT : KAMARUDIN BIN JAZULI (PPPS DG52)

SPDP : DR. JAMIL BIN ADIMIN  (PPPS DG52)

TIMBALAN PENGARAH (PRODUKSI)

DATIN PAISAH BT YUSOFF (PPPS DG54)

SPUA : DR. MOHD HAZIM MOKHTAR ,PPPS DG52

SPUTV :NORIZAN BT DESA , PPPS DG52

Lembaga Peperiksaan: Visi,Misi dan Fungsi

 

VISI

Peneraju Pentaksiran Bertaraf Dunia Menjelang 2020

 

MISI

  1. Sistem peperiksaan dan penilaian kebangsaan yang terjamin kualitinya;
  2. Sistem peperiksaan dan penilaian yang menghasilkan kesahan dan kebolehpercayaan skor; dan
  3. Sistem peperiksaan dan penilaian ke arah pembelajaran yang lebih berkesan.

 

FUNGSI

  1. Penggubalan dasar pengujian dan pengukuran pendidikan berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat kurikulum;
  2. Penggubalan spesifikasi semua bentuk pengujian dan pengukuran pendidikan, kaedah pentadbirannya, bentuk pelaporannya dan pengawalan mutu alat-alat pengukuran;
  3. Penggubalan alat pengujian dan pengukuran dan kaedah pemarkahan bagi menilai pelajar berdasarkan kurikulum;
  4. Penyelarasan, pengeluaran, percetakan dan pengedaran alat pengukuran;
  5. Pengawalan dan pengendalian peperiksaan awam dan luar negeri;
  6. Pemprosesan kemasukan calon dan data, pengeluaran keputusan dan sijil dan penganalisisan statistik; dan
  7. Pengurusan bank soalan.

Senarai Sekolah Rintis SPPK 2008 & 2009

BIL

SEKOLAH

BANDAR

1

SJK(C) SIN KWANG

SUNGAI PETANI

2

SK SUNGAI KOB

KARANGAN

3

SJK(T) KULIM

KULIM

4

SK TAMAN RIA

PADANG SERAI

5

SK SUNGAI LALANG

BEDONG

6

SK BANDAR BARU DARULAMAN

JITRA

7

SK DATO' WAN KEMARA

CHANGLUN

8

SK PENDANG

PENDANG

9

SK TAMAN UDA

ALOR STAR

10

SK TIKAM BATU

TIKAM BATU

11

SK JALAN PAYA BESAR

LUNAS

12

SJK(C) KEAT HWA (S)

ALOR STAR

13

SK KEDAWANG

LANGKAWI

14

SK WAN ABDUL SAMAD

POKOK SENA

15

SK LANAI

KUPANG

16

SK KUALA PEGANG

BALING

17

SJK(T) SARASWATHY

SUNGAI PETANI

18

SK AYER HITAM

AYER HITAM

19

SK KUALA KETIL

KUALA KETIL

20

SK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA

KUALA NERANG

21

SK BATU EMPAT

GURUN

22

SJK(T) LADANG WELLESLEY

LUNAS

23

SK BANDAR BARU SINTOK

SINTOK

24

SK BUKIT PINANG

KEPALA BATAS

25

SK BANDAR BUKIT KAYU HITAM

BUKIT KAYU HITAM

26

SJK(T) KALAIMAGAL

SUNGAI PETANI

27

SJK(C) CHUNG HWA

LANGKAWI

28

SK DATO' HAJI ZAINUDDIN

SERDANG

29

SK TAMAN BERSATU

KUALA KEDAH

30

SK SUNGAI LIMAU

YAN

31

SJK(T) BEDONG

BEDONG

32

SJK(C) KELANG LAMA

KULIM

33

SJK(C) EIK CHOON

ALOR STAR

34

SJK(T) BARATHY

ALOR STAR

35

SJK(C) SERDANG

SERDANG

36

SJK(C) YEOK CHEE

BALING

37

SJKC KEAT HWA (H)

ALOR SETAR

38

SK KODIANG

JITRA

39

SK SERI NEGERI

LANGKAWI

40

SJK(C) YANG KAO

GUAR CHEMPEDAK

41

SK PENDIDIKAN KHAS

ALOR SETAR

42

SJKC CHUNG HWA

SIK

43

SJKT LADANG BATU PEKAKA

KUALA KETIL