Thursday, October 15, 2009

Pelantikan Guru Pentaksir Kontrak

Dilantik Secara Contract For Service Di Bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negara Kedua

PUNCA KUASA

PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI NEGARA KEDUA 2009 – 2010

  1. Pakej berjumlah RM60 bilion yang diperkenalkan Kerajaan untuk merangsang ekonomi dan membantu mengelakkan kemelesetan ekonomi negara
  2. Pakej Rangsangan Ekonomi Negara Kedua ini dilaksanakan dalam tempoh dua (2) tahun iaitu mulai 2009 hingga 2010.
  3. Salah satu langkah yang diperkenalkan Kerajaan dalam pakej rangsangan ini ialah meluluskan 13,000 jawatan kontrak untuk dilantik secara Contract For Service kepada Agensi Awam.
  4. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) diperuntukkan 2000 jawatan pegawai kontrak (contract for service). Dan 500 daripada jawatan tersebut diberikan kepada Lembaga Peperiksaan, KPM untuk ditempatkan ke sekolah-sekolah rintis Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) di seluruh negara.
  5. Kesemua guru pentaksir kontrak yang akan dilantik ke atas 500 jawatan kontrak ini diwajibkan mempunyai kelayakan akademik minimum di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan kepujian Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

 

SYARAT-SYARAT PELANTIKAN

  1. Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan
  2. Dikehendaki membuat akuan sumpah di hadapan seorang Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah
  3. Pada setiap masa tertakluk kepada Undang-undang Kerajaan, Skim Perkhidmatan, Pekeliling/Surat Pekeliling, Peraturan-peraturan Kerajaan dan Arahan Pentadbiran yang lain mengenai kerja, kelakuan dan syarat perkhidmatan
  4. Boleh ditempatkan atau ditukarkan ke mana-mana tempat yang diarahkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa

PENAMATAN PERKHIDMATAN

Mana-mana pihak kepada Perjanjian (Kerajaan /Pegawai) boleh pada bila-bila masa menamatkan perkhidmatan dengan memberi tujuh (7) hari notis bertulis tanpa perlu memberikan apa-apa alasan atau dengan membayar tujuh (7) hari gaji sebagai ganti notis itu kepada pihak yang satu lagi

BAYARAN PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN KEPADA GURU PENTAKSIR KONTRAK YANG DILANTIK SECARA CONTRACT FOR SERVICE

BAYARAN PERKHIDMATAN/ ELAUN/KEMUDAHAN

KELULUSAN PERBENDAHARAAN (Ijazah Sarjana Muda)

Bayaran Perkhidmatan

RM2331.00 sebulan

Cuti Rehat

Tidak Layak.

Layak mendapat kemudahan Cuti Penggal Persekolahan. Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan boleh mengarahkan guru bertugas tidak lebih dari separuh bilangan hari cuti penggal persekolahan tersebut untuk menjalankan tugas selain mengajar.

Cuti Sakit (Sijil Cuti Sakit disertakan)

10 hari setahun

Cuti Bersalin

Tidak Layak

Kemudahan Perubatan Kerajaan

Tidak Disediakan

Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Tiada

Kelayakan Elaun Makan/Harian, Bayaran Sewa Hotel/Loging & Kelayakan Perjalanan Kenderaan/Pengangkutan Awam & Kapal Terbang Semasa Bertugas Rasmi di Dalam dan Luar Negeri

Berdasarkan kelayakan Anggota Perkhidmatan Awam Gred 41 di bawah Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 - Kadar dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan dan Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Kerana Menjalankan Tugas Rasmi

No comments:

Post a Comment