Thursday, October 15, 2009

Senarai Tugas Guru Pentaksir Kontrak

Fungsi / Peranan

Membantu pihak pentadbiran sekolah dalam merancang, mengurus, melakana dan menganalisis maklumat dalam proses:

1. Pentaksiran Sekolah
2. Pentaksiran Aktiviti Jasmani
3. Pentaksiran Psikometrik

Bidang Tugas

Mengurus Pentaksiran peringkat sekolah bagi murid atau kelas yang melaksanakan SPPK bagi petaksiran sekolah, pentaksiran aktiviti jasmani dan pentaksiran psikometrik:

1.Mengumpul, merekod , menyimpan dan mengemaskini ata dan maklumat pentaksiran murid

2. Menyediakan bahan dan dokumen pentaksiran yang diperlukan oleh guru pentaksir

3. Mengurus penghantaran maklumat murid dan pelaporan ke peringkat daerah, negeri atau kementerian.

4. Mengurus eviden pentaksiran dan pelaporan perkembangan murid

5. Mengurusetia mesyuarat Jawatankuasa SPPK sekolah (tidak termasuk mencatat minit dan pentaksiran psikometrik

6. Menghadiri taklimat berkaitan pentaksiran bersama guru

7. Merekod profil perkembangan murid secara menyeluruh.

8. Mengurus surat-menyurat berkaitan pentaksiran

9. Mengurus rekod pentaksiran jika berlaku pertukaran murid

10. Mengurus pelaporan prestasi murid

11. Menjalankan tugas-tugas lain berkaitan SPPK dari semasa ke semasa


Terma Rujukan

1. Menjadi warga pendidik dan tertakluk kepada segala peraturan sekolah

2. Terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi tidak mengajar

3. Tidak mentaksir tetapi membantu dalam proses pentaksiran

4. Sentiasa memberi kerjasama kepada arahan pihak Lembaga Peperiksaan

5. Sentiasa berusaha membantu memajukan sistem pentaksiran pendidikan di Malaysia

6. Semua aktiviti dan tugas rasmi harian hendaklah direkodkan

7. Menghantar Buku Rekod Pentaksiran kepada Pentadbir Sekolah pada setiap hujung minggu

No comments:

Post a Comment