Saturday, January 29, 2011
Penolong Kanan Pentadbiran sebagai Ketua Pentaksir Sekolah
Mulai Jan 2011. JPN Kedah akan melaksanakan satu kaedah untuk melancarkan lagi pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah di semua sekolah.Melalui kaedah ini semua Penolong Kanan 1 akan dilantik sebagai Ketua Pentaksir Sekolah.
Tanggung jawab Ketua Pentaksir Sekolah (KPS) ialah untuk memastikan semua arahan dan peraturan berkaitan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dipatuhi. Sebenarnya tugas ini tidak lari dari apa yang telah disebut semasa taklimat oleh JPN kepada PK1 tentang tanggung jawab pihak pengurusan sekolah dalam pengurusan PBS ini. Cuma sekarang ini tugas dan tanggungjawab PK1 lebih jelas.
Arahan ini selari dengan arahan Lembaga Peperiksaan Malaysia dan pada 16 - 19 JANUARI 2011 semasa mesyuarat Pegawai kanan LPM bil 1/2011 di Ipoh, pegawai-pegawai dari JPN seluruh Malaysia telah melihat bagaimana arahan ini telah dilaksanakan di Perak.
InshaAllah, mulai pertengahan Februari 2011 ini pegawai-pegawai dari JPN Kedah dan semua PPD akan mula memberi taklimat pelaksanaan tugas ini dan juga tentang pelaksanaan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan pada pelajar pelajar tahun 1.
Shahrir Abu Bakar
Ketua Penolong Pengarah
Unit Pentaksiran Sekolah
Sektor Penilaian dan Peperiksaan
Friday, October 30, 2009
Cuma Sistem Pentaksiran sahajakah yang ditransformasikan?
Shahrir Abu Bakar, Sektor Penilaian dan Peperiksaan, JPN Kedah
Untuk memenuhi tuntutan dalam Misi Nasional, Rancangan Malaysia Kesembilan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan , maka TRANSFORMASI pertama sekali ialah pada sistem pendidikan negara itu sendiri.
Dua elemen penting dalam transformasi ini ialah kurikulum dan pentaksiran. Maka kedua dua strategi berikut;
- Transformasi Kurikulum Persekolahan Kebangsaan dan
- Transformasi Pentaksiran dan Pendidikan Kebangsaan (SPPK)
adalah perlu seiring sejalan untuk membangun modal insan melalui pendidikan.
Thursday, October 29, 2009
Apa itu PENTAKSIRAN?
Shahrir Abu Bakar Sektor Penilaian dan Peperiksaan, JPN Kedah
Dalam Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan dan dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mempunyai komponen komponen seperti PEKA, PAFA ULBS dan PLBS , istilah ‘PENTAKSIRAN’ adalah kerap disebut, apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh istiilah tersebut?
Dalam kamus New Oxford Dictionary,(English-English-Malay)taksir bermaksud assess, dan definisi assessnya;
- to judge or form an opinion about something
- to guess or decide the amount or value of something
Sementara dalam Kamus Dewan, edisi keempat, antara makksud taksir ialah;
- mengira atau menghitung banyaknya sesuatu
- menyangka,menelah,menagak,mengira
- memberi penghargaan, menghargai, menilai
- mengkaji , meneliti
Dalam artikel ‘Penilaian vs pentaksiran’ oleh Dr Jamil Adimin , beliau memetik definisi David Payne dalam bukunya Applied Educational Assessment Edisi Kedua tahun 2003 yang mendefinisikan bahawa pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. Daripada pengertian pentaksiran di atas, beliau menyarankan:
Pentaksiran = Pengukuran + Penilaian
Pengukuran ialah proses mendapatkan maklumat dengan cara mengukur menggunakan instrumen sebelum ukuran itu dapat dinilai atau diinterpretasikan. Proses pengukuran berakhir dengan maklumat berbentuk kuantitatif seperti markah mentah, peratus markah mentah, persentil (peratusan kedudukan seseorang berbanding kedudukan orang lain), agregat dan pangkat atau band. Ukuran di atas boleh didapati sama ada dengan menggunakan instrumen atau pun tidak. ( Dipetik dari artikel yang sama )