skip to main |
skip to sidebar
Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. - Sekarang sudah Online.
Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. atau Sistem Pengurusan PBS ini telahpun berfungsi dan telah diupload oleh pihak Lembaga Peperiksaan. Di Kedah Taklimat oleh pegawai-pegawai Lembaga Peperiksaan telah dilaksanakan di 7 Lokasi:
- PKG Hosba, PPD Kubang Pasu
- PKG Simpang Empat , PPD Kota Setar
- SM Teknik Sungai Petani 1, PPD Kuala Muda Yan
- PKG Tokai, PPD Padang Terap dan PPD Pendang
- SK Sungai Menghulu, PPD Langkawi
- PKG Sungai Ular, PPD Kulim Bandar Baru
- PKG Kuala Pegang , PPD Baling Sik
melibatkan 30 Setiausaha Peperiksaan sekolah bagi setiap lokasi. Mulai 22 - 26 MEI 2011 inshaAllah semua sekolah lain akan diberikan taklimat pengendalian program tersebut..
Guru guru Tahun 1 diminta memasukan evidens-evidens yang berkaitan bermula dari bulan Januari ke dalam sistem tersebut. cetakan Laporan Formatif dan juga Laporan Sumatif boleh dibuat daripada sistem.
salam. saudara. ada x modul pentaksiran PBS utk subjek Pndidikan jasmani dan Kesihatan?boleh emel pd sy.. eemanisyq@yahoo.com. sy nak isi pbs tu tapi xde modul utk nilai budak tu
ReplyDeletesalam, sekadar nak berkongsi Borang Transit PBS yang fleksibel untuk semua subjek (menengah dan rendah) di http://eformrpm-pbs.blogspot.com
ReplyDeletePBS yang dilaksanakan kini adalah sistem lemah yang bakal menghancurkan negara.
ReplyDeletePBS perlu dibaiki sistemnya kerana:
1. Sistem PBS sedang menghancurkan semua bangsa di Malaysia.
PBS bukan sahaja membebankan guru malah juga membebankan murid. Perlu diingat alam persekolahan
adalah alam dimana murid/pelajar majoritinya "perlu disuap" atau ditunjuk ajar setiap masa tidak
seperti mahasiswa yang perlu membuat kajian ilmu sendiri. Murid mengambil masa untuk memahami
suatu perkara tetapi dalam sistem PBS, pentaksiran perlu dilaksanakan selepas PnP atau sekerap mungkin
menyebabkan murid tertekan. Hal ini menyebabkan (1.) murid yang sepatutnya faham suatu topik akhirnya
gemuruh hingga tak faham. (2.) murid hanya dapat menjawab pada waktu pentaksiran tetapi kemudian
melupakannya sebab sudah dianggap tiada keperluan untuk mengingati kerana markah sudah diberi.
2. Sebaik-baik pengajaran adalah yang mempunyai musim peperiksaan. Dengan adanya peperiksaan, murid akan
sentiasa mengingati apa yang diajarkan sepanjang masa sehginggalah hari peperiksaan. Dengan sistem PBS
yang ada kini, murid tiada semangat langsung untuk mengingati apa-apa kerana mereka tiada target musim peperiksaan.
Suasana PBS adalah suasana jemu bagi mereka malah mereka menganggap PBS itu tiada apa-apa. Jika anda guru, anda
pasti memahami perkara ini. Cuma guru yang layak memberi komen berkaitan PBS.
3. Ingatlah betapa bersemangatnya anak-anak kita menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM. Malah jika melanjutkan
pelajaran ke Universiti Luar Negara pun akan ada peperiksaan semester. Bayangkan jika dari kecil dididik hidup tanpa peperiksaan,
bagaimana kehidupan mereka di universiti yang mengamalkan budaya peperiksaan? Kejutan budaya.
4. Pentaksiran Berasaskan Sekolah bermakna pentaksiran berasaskan guru. Adalah mustahil PBS
adalah sistem yang selaras kerana berbeza guru berbeza permarkahan, berbeza penilaian dan
berbeza corak pengajaran yang juga menyebabkan murid berbeza mendapat kualiti pemahaman yang berbeza. Malah lebih tragis
kerana sistem PBS membuka ruang kepada pihak tidak bertanggungjawab untuk merasuah guru untuk memastikan markah anaknya tinggi.
Sistem ini tidak adil dan tidak selaras dan tidak sama di mana mana sekolah. Jika begini, di alam pekerjaan nanti, majikan tidak akan
mengambil pekerja berdasarkan keputusan penilaian PBS mereka tetapi cuma berdasarkan di sekolah mana mereka bersekolah.
5. Saya sangat terkilan apabila ada menteri yang menuduh guru tidak berkualiti sedangkan sistem PBS yang menyebabkan guru sugul, kurang bertenaga,
kelam kabut dan tertekan. Bayangkan pengisian markah setiap hari bagi setiap murid yang diajar. 1 kelas 34 murid. Setiap hari ajar 4 kelas. Maka 136
markah murid perlu diberi setiap hari. Bagaimana pula dengan seminggu, sebulan, setahun? Dalam 4 kelas itu, ada sahaja murid yang tidak hadir, maka
guru kena ulang balik PnP dan pentaksiran. Yang dikejar akhirnya tak dapat, yang dikendong akhirnya berciciran. Malah guru selalu kena tinggalkan kelas
untuk urusan lain, maka kacau bilau lah sistem PBS kita. Belum masuk lagi dengan buku latihan yang perlu ditanda setiap hari. Balik sekolah terus mesyuarat,
kursus taklimat. Tambah pula macam macam borang nak diisi. Nak kena online pulak, dengan server lembab dan macam macam pula kena isi onlina.
Maka guru jadi gila dengan sistem PBS dan pelbagai beban yang mengarut ngarut.
6. Guru dalam dilema untuk memberi markah PBS kepada anak muridnya. Kalau nak diikutkan hati, semua murid nak diberi markah penuh
ReplyDeletedemi masa depan mereka. Ada juga guru yang menyatakan 100% muridnya sebenarnya layak dapat band tertinggi. Ya memang benar kebiasaannya murid akan faham sebaik sahaja
setiap PNP tetapi akan melupakannya kerana tiada keperluan memandangkan tiada peperiksaan.
7. Pendidikan Malaysia sebenarnya sudah berada diantara yang terbaik di dunia sebelum PBS dilaksanakan. Tak perlu dengar laporan dunia tentang
ranking Malaysia. Biar kita rakyat Malaysia sendiri yang menilai. Di Perancis, Jepun, China, India, Turki, Thailand, Indonesia,
Arab Saudi, Korea MAJORITI RAKYATNYA TIDAK TAHU BERBAHASA INGGERIS walaupun subjek Bahsa Inggeris diajar sejak dibangku sekolah.
Sistem KBSR dan KBSM telah membuktikan pendidikan kita berjaya membuatkan rakyatnya boleh berbahasa Inggeris. Begitu juga subjek lain. Majoriti
anak anak kita juga tahap penguasaan matematik mereka lebih baik berbanding anak-anak negara lain. Sinivers matematik kita jauh lebih tinggi daripada negara lain pada usia yang sama.
Sistem pendidikan Malaysia adalah lebih baik tanpa PBS.
8. PBS perlu dibaiki dengan mengadakan Ujian 4 kali setahun di peringkat sekolah. PBS perlu dibaiki dengan mengadakan Ujian setara/selaras seperti UPSR, PMR, SPM, STPM, STAM.
Sistem tanpa peperiksaan kini perlu dihapuskan segera sebelum terlambat.