Sunday, February 6, 2011

Sedikit Nota Tentang Pentaksiran Sekolah yang Dipetik Daripada Nota LPM 2010

Fungsi Pentaksiran Sekolah

1.Mendapatkan maklumat tentang pembelajaran murid untuk
2.Mengetahui apa yang murid tahu dan boleh buat
3.Mengetahui sejauh mana mereka telah menguasai apa yang dipelajari
4.Membantu memperbaiki dan meningkatkan pembelajaran murid

Peranan Pentaksiran Sekolah

1.Meningkatkan pencapaian
2.Memperbaiki kelemahan/masalah murid dlm pembelajaran
3.Menjadi motivasi kpd murid untuk belajar
4.Mengubahsuai strategi pengajaran

2 Bentuk Pentaksiran Sekolah

1.Pentaksiran Formatif (Peringkat Pembentukan)
2.Pentaksiran Sumatif (Peringkat Merumuskan)

Dua jenis pelaporan:

1.Formatif
2.Sumatif

Pelaporan Formatif

1.Tidak wajib, apabila diperlukan sahaja.
2.Verbal/bertulis berdasarkan rekod hasil kerja murid yg dikumpul dlm portfolio dan/atau database.
3.Tidak dilaporkan ke pusat secara berkala.
4.Tidak semestinya mengikut pernyataan standard prestasi.

Pelaporan Formatif

1.Wajib disediakan .
2.Menunjukkan perkembangan pencapaian atau menguasaan mengikut standard prestasi .
3.Merumus pencapaian atau penguasaan secara kualitatif dan kuantitatif .
4.Data kuantitatif dihantar ke pusat untuk digabung dengan Pentaksiran Pusat mulai Tahap 2.
5.Tidak semestinya berdasarkan ujian tunggal di hujung unit pembelajaran .

No comments:

Post a Comment