Monday, March 21, 2011

Pelaksanaan SPPK / PBS di Sekolah Rendah Mulai 2011

Semua sekolah rendah perlu mengambil tindakan yang sesuai sempena dengan pelaksanaan KSSR bagi pelajar Tahun 1.Dari aspek Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) ataupun ringkasnya Pentaksiran Berasaskan Sekolah, di bawah adalah beberapa tindakan yang perlu diambil oleh sekolah:
  1. Memastikan semua nota yang diberi semasa kursus SPPK/PBS  diperbanyakan dan diedarkan pada semua guru Tahun1
  2. Mengadakan Bengkel / kursus dalaman untuk semua guru Tahun satu jika belum dilakukan mengenai SPPK /PBS
  3. Mengadakan kursus dalam kepada semua guru mengenai Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KSSR)
  4. Pelaksanaan SPPK bagi tahun 1  perlu dilaksanakan sepenuhnya
  5. Penyediaan Fail Induk dan fail perkembangan murid 
  6. Pembinaan 'band' untuk subjek-subjek  tahun 1
  7. ibubapa/waris  murid  tahun 1 tahun 2011 perlu dimaklumkan tentang pelaksanaan SPKK?PBS
Sekiranya saudara/i mempunyai pandangan/pendapat dijemput untuk berkongsi dengan kami

No comments:

Post a Comment