Tuesday, March 22, 2011

Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah bagi Tahun 2011

Semua sekolah rendah perlu mengambil tindakan yang sesuai sempena dengan pelaksanaan KSSR bagi pelajar Tahun 1. Dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) , di bawah adalah beberapa tindakan yang perlu diambil oleh sekolah:



1.     Memastikan semua nota yang diberi semasa kursus PBS kepada Guru Besar, Penolong Kanan dan Guru Guru  diperbanyakan dan diedarkan pada semua guru Tahun1


2.     Mengadakan Bengkel / kursus dalaman untuk semua guru Tahun Satu 

3.    Mengadakan kursus dalam kepada semua guru mengenai Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KSSR)

4.    Pelaksanaan KSSR dan PBS bagi tahun 1  perlu dilaksanakan sepenuhnya mengikut arahan dan panduan yang telah ditetapkan.

5.    Penyediaan Fail fail berikut:
    • Fail Pengurusan
    • Fail Kes Kes Khas
    • Portfoliol Guru
    • Portfolio Perkembangan Murid.
    • Portfolio Pameran (Showcase) Murid

6.    ibubapa/waris  murid  tahun 1 tahun 2011 perlu dimaklumkan tentang pelaksanaan PBS

No comments:

Post a Comment